Setiap Kali Aidilfitri Diaju Soalan Yang Sama, Suami Ini Pesan Jangan Jatuhkan Darjat Isteri Kerana Belum Dikurniakan Anak.

 

Mana-mana pasangan yang sudah berkahwin pasti mahukan cahaya mata sebagai penyeri dalam hubungan yang terbina. Orang kata ada kalau ada anak hubungan suami isteri itu akan lebih kuat lagi. Namun begitu, jika masih belum ada rezeki untuk memiliki anak, pasti redha dan mensyukuri apa yang ada itu adalah jalan yang terbaik.

Kebiasaannya, pasangan suami isteri yang belum dikurniakan anak ini dipandang sinis oleh makcik-makcik sekeliling mereka. Ia seolah-olah mereka ini melakukan satu kesalahan. Lebih-lebih lagi hampir menjelang Hari Raya ini, pasti ada sahaja mulut-mulut yang akan bertanya mengenai perkara ini.

Baru-baru ini, saudara Farhad Hassan, berkongsi luahan hati apabila dirinya sering mendapat pertanyaan sebegitu daripada saudara maranya.



AIDILFITRI TANPA CAHAYA MATA

Aku percaya bila hari raya je, mesti akan banyak soalan pasal anak ni oleh saudara mara/kawan. Aidilfitri tahun 2019 ni tahun kelima aku beraya tanpa cahaya mata dengan cik isteri. Berdua kemana-mana.

Bila orang tanya, dah habis rasanya template jawapan ni nak jawab. Usaha sudah, berubat sudah, jumpa pakar pon sudah. Tapi belum ada rezeki lagi. Kalau Allah belum berkehendakkan benda tu jadi, buat macam mana pon takkan jadi.

Banyak benda yang orang luar tak nampak . Rasanya da berpuluh test da di beli. Tiap-tiap kali negative, cik isteri senyum je geleng kepala. Habis berendam air mata aku tengok.



Bila baca berita kanak-kanak dibuli, didera, ditinggalkan, bayi dibuang, teresak-esak cik isteri menangis. Mungkin terkilan amanah Allah yang sangat-sangat diidamkan ibarat tiada nilai pada sesetengah orang.

Tapi aku selalu ingatkan jangan sesekali pertikaikan Ya Allah, kenapa Kau pilih aku? Kenapa aku yang belum dikurniakan cahaya mata? Sebab pernah tak kau cakap macam tu bila tengah happy?

“Ya Allah, kenapa aku yang dipilih dapat cabutan bertuah Honda Civic ni?”

“Ya Allah, kenapa aku yang dipilih dapat bonus 3 bulan gaji ni?”

“Ya Allah, kenapa aku yang dipilih dapat melancong free ni?”

Sabar, Allah itu maha adil. Mungkin belum ada rezeki anak tapi Allah bagi rezeki dalam bentuk lain.



Jangan ingat yang tak de anak je yg diuji, yang dah ada anak lain pula ujiannya. Ada yang tiada me time, tiada masa dengan pasangan sendiri, tiada masa melepak, tak cukup duit dan macam-macam lagi.

Tiada yang kurangnya pun perkahwinan korang kalau belum dapat cahaya mata. Jangan ada rasa kurangnya isteri tu bila dia belum dapat bagi zuriat. Jangan jatuhkan darjat isteri kau, dan jangan calarkan maruah lelaki lain dengan berfikiran naif macam ni.

Sibuk fikir salah pasangan tak dapat kurnia zuriat, tapi kau sendiri lupa nak bimbing bacaan quran isteri, perbetulkan solat sama-sama, tak tunaikan tanggungjawab sebagai suami.

Untuk pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata, jangan bersedih. Mungkin Allah belum beri rezeki zuriat tu sebab tau kekangan wang yang kita ada?So guna masa yang ada untuk cari duit lebih banyak-banyak untuk simpanan masa akan datang. So bila ada rezeki anak tu, cukup semua makan pakai.

Gunakan masa yang ada berbakti kepada ibubapa, pasangan, pergi melancong, pergi tengok marathon movie yang anda minat, spend masa dengan pasangan anda macam waktu bercinta dulu.

Kalau yang niat bertanya atau berkongsi pengalaman rasa tiada masalah. Jangan layankan sangat dengan AJK persatuan makcik bawang yang selalu menyindir. Biarkan mereka dengan mulut mereka. Sebenarnya diaorang cemburu dengan life honeymoon korang.

Sebagai suami, tugas kita bagi sokongan moral. Jadilah peneman yang bagi kata-kata semangat, menenangkan cik isteri. Jangan biarkan isteri kita keseorangan menahan tekanan tu. Kita dah janji nak sama-sama kan?

InsyaAllah saya doakan semua yang sedang membaca ni dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. Semoga ada rezeki kita semua raya bertiga tahun 2020.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,546 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen