Doktor Ini Kongsikan Apa Yang Patut Anda Lakukan Sekiranya Tangan Melecur, Jangan Letak Sembarangan Ubat Yang Tidak Tahu Sumbernya!

 

Tipikal orang melayu kita, apabila mengalami kecederaan ringan pada tubuh badan pasti akan cuba pelbagai kaedah tradisional. Malah ada juga sebahagian daripada kita mula mencari alternatif perubatang yang lain di laman sesawang, dimana tidak tahu sejauh mana kesahihannya.

Dan akibat daripada itu, tubuh badan yang mengalami kecederaan semakin memudaratkan.

Berikut perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin

********

No photo description available.
Kredit: Facebook

Jika anda mengalami kelecuran, jangan letak ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan sebagainya di kawasan lecuran.

Ia boleh menyebabkan inflamasi yang lebih teruk dan berisiko terkena jangkitan.

MELECUR PADA KULIT DI BAHAGIKAN KEPADA 3 TAHAP:

Tahap 1: lecuran lapisan epidermis sahaja. Lapisan dermis tidak tercedera. Kulit kelihatan kemerah-merahan, dan sakit.

Tahap 2: lecuran lapisan epidermis dan sebahagian dermis. Lazimnya kulit kelihatan merah dan menggelembung (blister) dan sakit.

Tahap 3: lecuran epidermis, dermis dan lebih dalam. Kulit kelihatan putih dan tidak sakit kerana saraf deria sakit telah rosak.

RAWATAN KECEMASAN AWAL BETUL ADALAH:

1. Jauhi diri atau mangsa daripada sumber bahaya (api/pemanas/air panas/elektrik/dsb). Kekal tenang, tak usah panik.

2. Tanggalkan semua barang kemas, jam, serta pakaian yang terbakar. Kecuali jika ia terlekat pada kawasan lecuran.

3. Alirankan air bersih bersuhu bilik selama 15-20 minit untuk hentikan lecuran daripada terus berlaku. Elak gunakan air sejuk atau ais.

4. Jika terdapat gelembung pada kulit yang melecur, tak usah pecahkan gelembung berkenaan. Hanya tutup dengan kain bersih.

5. Jumpa doktor sekiranya lecuran tahap 2-3, kawasan lecuran lebih besar daripada tapak tangan atau melibatkan muka serta kemaluan.

Tak usah mudah percaya pada tips kesihatan yang tidak diketahui sumbernya.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,098 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen