Kalau Sudah Berkahwin Biarlah Menjadi Suami Isteri Sampai Syurga.

 

Menjadi perkara biasa dalam masyarakat kita ini apabila seorang lelaki kahwin sahaja pasti akan mula dikata seperti nanti dipenjaralah, nanti isteri tak bagi keluar rumahlah ataupun nanti kena garilah dan pelbagai lagi. Perkara-perkara sebeginilah yang membuat ramai orang berfikir bahawa perkahwinan itu hanya akan membatasi segala minat serta pergaulan bersama rakan-rakannya sahaja.

Tidak cukup dengan itu, bila bantu isteri mulalah kata takut binilah, isteri queen control lah dan macam-macam lagilah. Kesian isteri itu, tidak bersalah dituduh pula macam-macam.



Suami-suami kena tahu tanggungjawan anda, isteri itu tanggungjawab anda bukan rakan-rakan anda. Jika anda sayang pada isteri maka lakukan tanggungjawab anda. Anda perlu tahu bila anda susah mahupun senang isteri akan setia di sisi, rakan-rakan belum tentu lagi.

Nak kahwin ini biarlah jadi suami isteri sampai syurga macam yang dikongsikan oleh Mohd Fhais ini.

Suami Isteri Sampai Syurga

Lelaki ni bila nampak kawan lelaki sidai baju, basuh pinggan, sapu lantai, urut isteri mesti kena cop takut bini. Lebih-lebih lagi kalau tak keluar lepak mamak sama-sama, mula la kena perli Queen Control pula.

Sebagai seorang suami yang di amanahkan tak salah rasanya tolong buat kerja rumah, tolong urut isteri yang kepenatan bantu kita urus rumah dan tak salah luangkan lebih banyak masa dengan isteri dari keluar dengan kawan-kawan.

Layan isteri tu wajib, layan kawan-kawan tak wajib, sunat pun bukan.

Amalan yang akan di timbang di sana nanti ialah amalan kita pada isteri dan keluarga. Sebab isteri dan keluarga di AMANAH pada suami bukan suami di AMANAH pada isteri.

Ada juga isteri yang garang sehingga di gelar singa betina. Alasannya berjaya tundukkan singa jantan. Garang macam mana pun, sempurna macam mana pun, sentiasa betul macam mana pun isteri kita amanah itu tetap milik suami. Amanah keluarga ada atas bahu suami sorang sahaja, ini Muktamad!

Suami rela atau tidak, mampu atau tidak, mahu atau tidak, tetap wajib kena pikul amanah ni sejurus lepas akad nikah. No turning back kecuali dah berpisah. Tapi bersyukur la anda ada isteri sebagai penolong.

Tanggungjawab isteri hanya satu iaitu menolong suami pikul amanah ini bukan menentang.

Baik suami baik isteri, masing-masing ada tanggungjawab berbeza. Cari la ilmu rumahtangga yang betul kerana alam perkahwinan ni tak sama macam alam bujang.

Bujang tanpa ilmu masih tetap bujang tapi kahwin tanpa ilmu baik membujang daripada kahwin.

Wallahu A'lam,

Mohd Fhais
Kahwin itu indah jika kena caranya

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,519 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen