Awas ! Tabiat Kunyah Ais Hanya Merosakkan Gigi Anda Sahaja.

 

Siapa dekat sini suka mengunyah ais? Kalau minum air berais, tidak sah kalau ais yang tinggal itu digigit-gigit serta dikunyah bagi memberi kepuasan kepada dirinya sendiri. Berapa banyak ais mampu dikunyah tanpa rasa gilu atau sakit gigit.

Haa, kadang-kadang macam nak tunjuk gigi mereka kuat pun ada.

Namun menurut Hello Doktor bahawa mereka yang suka mengunyah ais ini miliki sejenis penyakit yang dipanggil Pagophagia. Pagophagia adalah istilah untuk seseorang yang sentiasa inginkan ais. Pagophagia adalah gangguan makan jarang berlaku yang dikenali sebagai pica. Pica sering bersama gangguan mental lain seperti autisme dan skizofrenia, dan memberikan keinginan orang ramai untuk makanan sesuatu yang tiada nilai pemakanan/nutrisi yang sebenar.



Ramai yang tidak tahu, tabiat mengunyah ais ini bahaya. Tak caya? Mari ikuti perkongsian dari seorang doktor gigi Dr. Muhamad Iqbal.

Kalau anda seorang pemakan atau pengunyah ais tegar, anda sebenarnya sedang menjahanamkan gigi anda tanpa anda sedar.

Sikit-sikit gigi anda akan mengalami kehilangan struktur gigi yang bersifat mikro.

Makin banyak dan lama anda kunyah ais, makin banyak struktur gigi yang hilang.

Ini dinamakan "Abfraction". Gigi anda akan berlubang tapi bukan berlubang macam tak gosok gigi tu. Gigi anda akan "berlekuk", terutamanya di bahagian leher gigi.

Ini disebabkan oleh kesan trauma yang berpanjangan ke atas gigi anda akibat daripada kerap mengunyah sesuatu yang keras seperti ais.

Kesan daripada "abfraction" ini akan menyebabkan gigi lama kelamaan akan menjadi sensitif, dan jika tak dibendung, gigi boleh patah dan pecah kerana telah banyak struktur gigi yang hilang tanpa disedari.

Mari saya ceritakan tentang makan ais ini



Saya pernah dapat seorang pesakit ni, mengadu gigi geraham dia pecah. Bila saya check, mulutnya bersih, gigi semua tak ada rosak kecuali yang pecah tu. Satu gigi je.

Dia memang ada tabiat mengunyah ais lepas makan-makan di kedai. Sambil berborak-borak dia ambil seketul ais dan kunyah. Lepas satu, satu.

Pecah gigi dia tu, sampai nampak saluran akar. Eh tak sakit ke? Dia jawab tak. Maknanya bukan sahaja gigi pecah, tapi saluran saraf mengalami trauma. Terus 'mati mengejut'.

Jadi untuk rawat gigi dia, kena buat rawatan saluran akar (root canal treatment) dulu, baru tampal dan sarung gigi (crown).

Kepada yang suka makan ais, kurangkan dan berpada-padalah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 385,187 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen