Tidak Mengapa Baca Al-Qur’an Slow-Slow, Asalkan Ada Usaha Untuk Membaca.

 

Sebagai seorang Muslim, Al-Qur’an adalah landasan ataupun sumber untuk kita meneruskan kehidupan kita di dunia ini. Dan ia juga adalah bekalan untuk kita di akhirat kelak. Apabila hidup berpandukan Al-Qur’an, Insya Allah kita dapat melalui segala rintangan dengan tenang.

Namun, berapa ramai sahaja dikalangan kita, masih ada usaha untuk membaca Al-Qur’an walaupun tahu nasib diri yang sentiasa tergagap-gagap membaca kalimah Allah tersebut?

Berikut perkongsian dari saudara Firdaus Mokhtar ini, walaupun baca Al-Qur’an tidak sehebat seperti orang lain, namun jangan malu dan teruskan usaha…

********

“Saya ni baca Quran selow. Baca banyak kali salah. Dok ulang-ulang ayat sama, ulang perkataan sama banyak kali. Sudahnya saya bosan. Orang lain baca laju je. Malu lah.”

Bang, dia macam ni.

1. Al-Quran ini bahasa Arab. Bukan bahasa kita. Kalau dah memang kita tak belajar baca Quran daripada kecil, memang sekarang akan jadi merangkak sikit.

Membaca ni soal praktikal. Kerap kita baca, cepatlah kita baca dengan lancar. Tak kiralah bahasa apa pun.

2. Tak apa kita baca tergagap atau perlahan. Yang utamanya kita usaha. Itu Allah suka. Sebab usaha kita tu.

3. Bang, pahala untuk bacaan Al-Quran ini Tuhan bagi sangat istimewa. Sebab pahala bacaannya dikira per huruf. Bukan perkataan.

Rasulullah (selawat) sebut, “siapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran, maka ia mendapatkan satu kebaikan, dan satu kebaikan sama dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim adalah satu huruf, tetapi alif satu huruf, laam satu huruf, dan miim satu huruf.”

Kiraan pahala itu diberi untuk setiap huruf. Jadi kalau kita tergagap, atau bila silap kita dok ulang ulang lagi tak mengapa. Sebab setiap kali kita ulang, kita dapat pahala atas setiap perkataan.

Dan ingat, untuk bulan Ramadan pahalanya berganda. Maksudnya banyak lagi ganjaran pahala yang kita dapat.

4. Kita ikut kemampuan juga. Tak dapat semua, jangan tinggalkan semua.

Kita jenis baca selow, tak dapat khatam Quran macam orang lain dalam bulan Ramadan, tak mengapa. Ikut kadar yang kita mampu.

Maksudnya, kalau kita tak boleh nak khatam, habiskan mana yang kita mampu. Selesai Ramadan, tak khatam juga sambunglah masa raya nanti. Apa baca Quran masa bulan Ramadan sahaja ke? Mestilah tak.

5. Kalau kau berjaya khatam sekali pun, kau diam-diam sudah. Itu kebahagiaan kau dengan amalan kau. Allah tahu.

Kan?

Begitulah bang. Tenang-tenang aja ya.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,747 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen