Bagi Mereka Yang Pertama Kali Nak Beraya Ke Rumah Bakal Ibu Mertua, Ikuti 6 Tips Ini.

 

“Nervous-nya…”

Pasti kata-kata itu yang akan diluahkan sekiranya ingin pergi beraya ke rumah pasangan. Sama ada dalam tempoh ta’aruf mahupun pertunangan, setiap situasi pasti amat mendebarkan.

Lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan syawal dengan hati yang terbuka. Di samping untuk merebut pahala ketika hari-hari terakhir Ramadhan, pasti ramai juga dikalangan kita membuat banyak persediaan untuk ketibaan Raya nanti.

Raya, raya juga…

Tapi apabila melawat dan menziarahi sanak saudara atau sahabat sandai yang sudah lama tidak bersua, kena lah beradab. Termasuklah nak beraya ke rumah bakal ibu mertua. Sebelum anda fikir bukan-bukan, ikuti tips mudah ini dengan tanpa berpeluh…

1. Call bakal ibu mertua dahulu.

Dalam tempoh ta’aruf, selain mengenali dengan pasangan, anda juga pasti berkenalan dengan keluarga si dia juga. Cukuplah dengan bertanya khabar, borak-borak kosong untuk mengeratkan lagi hubungan. Jadi, tidak salah sekiranya anda mahu terus hubungi bakal ibu mertua anda, bila mahu beraya di rumahnya.

Berani!

Tapi dengan sikap sebeginilah sebenarnya dapat membuka mata dan hati ibu mertua bahawa anda benar-benar mahu jadi sebahagian dalam keluarganya nanti. Sekurang-kurangnya, call dahulu sebelum datang secara tiba-tiba.

Bakal ibu mertua pasti kecewa seandainya tidak dapat menyediakan masakan yang sempurna untuk anda.

2. Berkunjung dengan niat untuk menziarah.

Bila dah ada niat untuk melawat keluarga pasangan anda, anda seharusnya datang dengan niat menziarahi semua ahli keluarganya. Bukan datang semata-mata nak bermanja atau tergedik dengan pasangan anda sahaja, sehingga ahli keluarga pasangan meluat melihat adegan mesra anda bersama si dia.

Mungkin dengan niat untuk terus tentukan tarikh pernikahan pun apa salahnya.

3. Jangan menyusahkan ibu mertua atau ahli keluarganya.

Mungkin bagi kita perkara tersebut tidaklah menyusahkan, namun hati manusia ni tiada siapa yang tahu. Jadi, sebelum anda mahu melawat ke rumah pasangan, pastikan anda tidak terlalu cerewet tentang makanan. Malah, anda perlu tahu setiap perkara yang tidak terjangka sebagai contoh ketika hari hujan bawa lah persalinan baju atau apa jua barang keperluan sebagai kecemasan.

Bakal ibu mertua anda mungkin tidak kisah, tapi adik-beradiknya yang melihat anda pasti amat menjengkelkan.

4. Minta izin jika mahu ke tandas, dapur ataupun solat.

Sebagai contoh, setiap kali apabila kita bertandang ke rumah orang, pasti tuan rumah tidak bagi kita menghantar pinggan kotor ke dapurnya. Semua ini sebenarnya pasti ada sebab kerana tidak semua tempat tuan rumah selesa untuk dipertontonkan oleh ramai tetamu.

Sekiranya ibu mertua bertegas anda hanya biarkan sahaja pinggan mangkuk, jangan disebabkan hal ini adanya situasi bertelagah pula.

Dan sekiranya mahu ke tandas atau mahu solat pun, minta izin dulu ya, jangan terus redah rumah orang macam tu sahaja.

5. Duduk pun perlu beradab.

Apabila berkunjung ke rumah ibu mertua, set-kan dalam minda anda untuk sentiasa beradab walaupun ketika duduk. Nampak seperti tiada masalah, tetapi melalui kedudukan anda duduk sahaja ibu mertua akan dapat baca reaksi wajah anda.

Jadi, duduklah dengan beradab seperti…

  • Jangan terlalu selesa duduk bersila atas sofa mahupun kerusi di meja makan.
  • Kalau duduk bersila di atas lantai pun, tapak kaki semuanya perlu berada di bawah, bukan mengadap ke atas.
  • Jangan duduk membongkokkan badan.
  • Bagi golongan wanita, pakailah stoking.
  • Jangan duduk seperti ‘Like A Boss’.

Related image
Kredit: Kanged

6. Jangan terlalu leka bermain dengan telefon bimbit.

Pasti kadang-kala adanya suasana menjadi sepi setelah berbual kosong dengan ahli keluarga pasangan, automatik tangan kita akan cuba mencapai telefon bimbit dan mahu melihat notification. Tidak salah nak cek telefon sekejap, namun jangan pula terleka sehingga bermain PUBG, Candy Crush atau sebagainya.

Dan apabila mahu pulang, jangan lupa ucapkan terima kasih ya! Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 505,182 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen