Bila Suami Minta Izin Nak Kahwin Lagi, Jangan Halang Baik Move On Sahaja.

 

Dalam perkahwinan ini cabaran dan ujian sememangnya tersangatlah banyak. Jadi sebagai orang yang menjalinkan hubungan tersebut perlu bijak untuk menangani setiap masalah bahkan setiap kelakuan dan kerenah pasangan kita.

Kita tidak tahu bila pasangan kita ini akan berubah hati melihat kita. Kita juga tidak tahu apa yang berlaku apabila pasangan kita duakan kita. Tetapi apa yang kita perlu tahu adalah hidup perlu diteruskan dan jangan meratapi apa yang menyakiti kita. Ini kerana semakin kita meratapinya maka sukar untuk kita merasai kebahagiaan semula.

Apabila sudah bertahun-tahun kahwin, tiba-tiba suami minta izin untuk berkahwin lain, sedih memang sedih tetapi apa yang kita perlu lakukan adalah jangan halang dan move on dari suami kita itu. Seperti yang dikongsikan oleh Puan Marliya Ramli ini banyak betulnya.

Isteri-isteri dan ibu-ibu mari kita sama-sama hadam perkongsian ini.



MOVE ON.

Kak.. suami saya asyik gurau-gurau nak kawen lain je... Mentang-mentang la dah 10 tahun kami beranak pinak. Dia layan saya pun endah tak endah. Semakin pemarah. Dengan anak-anak asyik moody dan termenung di sini sana.

Jawapan : Jangan larang. Suami ada satu pesen. Lagi dilarang lagi mabuk kepayang. Lagi rasa diri tu laku sangat hingga isteri kemaruk nak berebut dengan lain wanita.

Bagitau suami kalau dah tak ada hati lepaskan saya baik-baik. Lagipun dah 10 tahun bukan abang je bosan, saya pun dah bosan jugak tengok muka yang sama dan perut boroi yang sama.

Suami mengamuk nak kawen lain? Silakan saja. Jika suami boleh move on, isteri pun boleh juga. Suami mengejar isteri muda, tak kan lah isteri tak de harapan untuk mengejar bahagia?

Ni lah sebab yang akak selalu pesan kenapa isteri tak perlu yakin sangat. Beli rumah sebuah kongsi nama bersama. Tak ada pun rumah 100% nama sendiri. Tak boleh camni. Minimum sebuah pastikan atas nama sendiri.

Ni lah sebab yang akak selalu pesan kenapa wanita perlu fokus menjana wang. Perlu berdikari dan menjana wang sendiri. Perlu bersedia dengan 12 bulan dana cemas dalam simpanan.

Ni lah sebab yang akak selalu pesan wanita perlu ada simpanan rahsia. Kalau susah sangat diam-diam buka akaun simpanan emas pelaburan 999. Ada wang lebih sikit-sikit tukarkan kepada harta.

Nasib baik awak buat semua yang akak pesan. Sekarang ni kalau suami menggelupur nak kawen lain, tenang je. Memanglah bunga bukan sekuntum, tapi kumbang pun bukan seekor.

Suami bosan mengadap muka isteri, macamlah isteri tak penah bosan mengadap perut boroi suami. Bukannya suami tu kaya gila atau hensem tahap diabetes mana. 😑

Bila dah mampu, masing-masing boleh MOVE ON bukan? Bahagia itu bukan tentang seorang berkorban dan seorang bahagia.

Bahagia itu adalah bila tidak ada lagi bahagia, masing-masing berlapang dada. Tidak terdesak dan sama-sama membina kebahagiaan baru.

Akak penah tengok poligami yang menyakitkan hati. Yang menjadi mangsa bukan hanya suami atau isteri. Tapi... anak-anak. Dipenuhi airmata dan rasa kecewa.

Jika tak mampu berlaku adil, usah menempah tiket neraka. Jangan tamak pada dua jika mampu nya hanya satu sahaja. Berpada-pada...

Ya.. suami boleh berkawen empat, tiga atau dua. Tapi hati isteri pertama jangan diseksa. Jika tidak mampu, lepaskan saja. Manalah tahu isteri pun dapat jodoh lain dengan arjuna six pax yang lebih muda bergaya.

Penat weeiii 10 tahun mengadap perut boroi yang sama #apeni 🙄

Salam sayang

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,706 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen