Menahan Lapar Bukan Alasan Tidak Boleh Bersenam Ketika Berpuasa, Ini 6 Senaman Ringkas Untuk Anda.

 

Ketika sedang menjalani ibadah puasa, ramai diantara kita akan mula mengurangkan aktiviti fizikal. Ia bertujuan untuk menjimatkan tenaga yang ada sepanjang berpuasa. Bahkan ramai yang beranggapan bahawa ketika bulan puasa ini, senaman bukan satu perkara yang perlu dilakukan. Sekiranya anda tidak bersenam, badan anda akan selalu berasa letih, serta berat badan anda akan bertambah.

Oleh itu, walaupun anda berpuasa, senaman harus dilakukan supaya otat tidak tegang malah akan kekal sihat. Senaman ini penting terutama jika anda inginkan badan yang ideal untuk bergaya dihari raya nanti.



Jika anda tidak mampu untuk melakukan senaman yang berat, terdapat beberapa senaman yang sihat serta sesuai apabila berpuasa.



1. Berjalan secara santai.

Berjalan secara santai ini juga merupakan senaman yang boleh dilakukan ketika berpuasa. Melangkah ke jarak tertentu mengikut keupayaan berguna untuk kesihatan jantung. Nak-nak lagi jika anda ingin pergi membeli belah pasti ia bukan satu masalah untuk anda berjalan jauh demi apa yang anda mahukan.



2. Berbasikal.

Berbasikal adalah menyeronokkan apabila dilakukan dengan keluarga atau rakan-rakan. Tujuan berbasikal adalah untuk membakar lemak di dalam badan anda. Namun begitu, pasti ia sesuai dengan kemampuan anda. Berbasikal dengan santai bahkan apabila anda terasa letih maka harus ditamatkan segera.



3. Yoga.

Yoga sangat bagus dan sesuai dilakukan ketika berpuasa. Dengan mengamalkan secara rutin, kita boleh mengelakkan rasa lemah atau kekurangan tenaga. Selain itu, amalan yoga adalah selaras dengan apa yang kita rasakan, iaitu untuk mengawal kelaparan dan dahaga, serta kemarahan.



4. Senaman aerobik ringan.

Sepanjang hari berpuasa pasti tubuh badan akan terasa letih, jadi cuba anda melakukan senaman aerobic ringan ini untuk membuat hati lebih riang serta bersemangat. Tidak hanya menambah stamina dan mengembalikan mood yang hilang, senam aerobik juga meningkatkan fungsi jantung dan menyehatkan otot.



5. Jogging.

Kebaikan berjogging ini terlalu banyak dan ramai yang telah mengetahui manfaatnya. Senaman ini lebih baik dilakukan menjelang hampir waktu berbuka, ini kerana anda boleh meminum air putih selepas melakukannya. Selain berguna sebagai latihan kardio yang baik, jogging juga baik untuk tulang, menurunkan berat badan, dan menguatkan sistem kekebalan tubuh.

Jangan cari alasan untuk tidak bersenam, semuanya boleh dilakukan dengan mudah serta tidak menggunakan tenaga yang banyak. Pastikan anda kekal aktif walaupun berpuasa.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,055 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen