Walaupun Dah Tak Bergelar Suami Orang, Lelaki Tetap Seorang Ayah Dan Miliki Tanggungjawab.

 

Orang kata kalau sudah tidak sefahaman dan sudah tidak bahagia, lebih eloklah berpisah sahaja dari terus menerus menyeksa jiwa dan emosi. Tapi itulah, sering kali kita fikirkan perasaan kita suami isteri sahaja, tidak ada sedikit pun kita nak fikirkan mengenai perasaan anak-anak. Macam mana kalau mereka ini rasa kurang kasih sayang dan kurang mendapatkan perhatian dari ibu ayah mereka.

Apabila berlaku perpisahan, pernah atau tidak kita fikirkan bagaimana perasaan anak kita yang melihat keluarga orang lain yang lengkap isi di dalamnya? Pernah atau tidak kita fikirkan setiap perbuatan yang kita lakukan itu akan memberi kesan kepada anak-anak kita?

Mungkin ada yang beranggapan bahawa anak-anak masih kecil, nanti dah besar mereka akan faham. Ataupun, “aku bukan tak ada cuma tak sebumbung sahaja”. Nampak tak betapa remehnya kita memandang perkara sebegini?

Sedikit nukilan daripada saudara Firdaus Shakirin ini ada banyak betulnya. Mari sama-sama kita hadam perkongsiannya.



“Ibu, mana babah? Kenapa babah tak tinggal sekali dengan kita ibu?”

"Adik rindu la dekat babah..."

Apa jawapan yang terbaik untuk anak-anak kita…apa yang mampu kita jelaskan kepada dia…adakah dia akan faham jika kita jelaskan apa yang berlaku antara kita dan babahnya?

Itulah, sejahat-jahat pasangan, seburuk-buruk pasangan, bila sampai saat berpisah, bila sampai saat talak dah sah, mesti sebak, mesti sedih, mesti menangis...

Orang yang pernah lalui, dia tahu…orang yang pernah ada di tempat itu, dia tahu apa yang bermain dalam hatinya, apa perasaannya…



Saya sebagai ayah, bila tengok gambar-gambar ni, saya rasa lain mcm, rasa sayu…bila tengok anak tu dalam dakapan bapanya, bila tengok anak itu diserahkan kepada ibunya, bila tengok bapanya seperti tak nak berpisah dengan anaknya...apa yang anak tu akan tanya ibunya lepas ni…apa yang ibunya akan jawab…apa nasib anak tu…dari dia kecil sampai dia besar, dia akan tanya tentang babahnya…





"Kawan-kawan adik semua ada babah, adik je takde babah, babah takdatang sekolah ambik adik, babah tak tengok keputusan exam adik"

"Babah dah tak sayangkan adik lagi ke...?"

Sebab tu kita sebagai suami, fikir la banyak-banyak kali sebelum nak buat apa-apa…guna akal yang Allah bagi, fikir baik buruk kesan perbuatan kita tu kepada keluarga kita - isteri dan anak-anak kita…

Kalau kita betol-betol sayangkan isteri dan anak-anak kita, kita takkan curang sebab kita tahu CURANG itu adalah PILIHAN, bukan TAKDIR…!!!

Nota kaki: Orang lelaki, walaupun dah tak bergelar suami, dia masih seorang ayah, dan masih bertanggungjawab terhadap anak-anaknya...sentiasa ingat ni, nanti ALLAH s.w.t tanya...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,999 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen