5 Kegunaan Garam Selain Dalam Masakan.

 

Selain cuka dan soda penaik, garam juga adalah salah satu bahan yang penting dalam masakan. Selain itu, garam memainkan peranan penting dalam menyelesaikan belenggu pembersihan kotoran di dapur. Berikut adalah contoh masalah dapur yang boleh diselesaikan menggunakan garam:



1. Periuk besi.

Jika terdapat sebarang kerak hitam, karat atau sebarang sisa makanan yang susah ditanggalkan pada permukaan periuk anda, gosok ia dengan garam. Setelah digosok, biarkan kira-kira 10 minit sebelum dibilas bersih.

2. Gelas.

Tuang air panas ke dalam gelas yang berkerak putih dan gosok ia dengan garam. Biarkan selama lima minit dan bilas hingga bersih.



3. Teko kopi.

Jika bekas kopi dan teh anda susah untuk dibersihkan, gosok ia dengan garam dan sedikit sabun cuci pinggan. Gosok sehingga bersih dan bilas dengan air.

4. Papan pemotong.

Cara paling mudah dan efektik dalam membersihkan papan pemotong yang memiliki banyak sisa makanan dan bakteria adalah dengan menggosoknya dengan garam dan sedikit sabun cuci pinggan. Gosok hingga bersih dan bilas.

5. Sinki.

Bersihkan sinki yang berkarat dan banyak kesan kotoran degil dengan campuran garam dan lemon atau cuka. Gosok rata hingga kesemua kotoran tanggal dan bilas dengan air.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 293,105 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen