Lelaki Ini Beri Nasihat, Jangan Biarkan Isteri Stress Seorang Diri Buat 5 Tugas Ini

 

Pada masa kini, dengan peredaran masa, majoriti daripada kita memang mudah mengalami tekanan hidup. Terdapat banyak punca yang menyebabkan seseorang itu menjadi tertekan atau stress, dan di antaranya ialah kehidupan ketika berumah tangga.

Golongan yang mudah tertekan selepas berkahwin adalah golongan isteri kerana kerja yang diuruskan menjadi berganda. Bukan sahaja kerja mencari rezeki, malah untuk memastikan rumah tangga harmoni yang juga.

Berikut adalah perkongsian dari saudara Mohd Fhais

********

Zaman sekarang kalau isteri tak bekerja ramai yang akan mengata. Tapi bila isteri dah bekerja, kerja di rumah masih isteri kena buat juga.

Double penat, double stress jadinya.

5 tugas suami yang selalu buat isteri stress.

1. Stress mendidik anak-anak.

Jangan biarkan isteri urus anak sorang sorang dan jangan lepas tangan. Anak ni tanggungjawab bersama, amanah sama-sama. Kena sama-sama jaga.

2. Isteri mudah stress bila nampak kerja bertimbun kat rumah.

Walaupun penat kerja di pejabat balik rumah tetap kena buat kerja rumah. Tugas suami ringankan tekanan isteri tu. Buat kerja sama-sama, rehat pun sama-sama.

3. Kos sara hidup makin hari meningkat.

Sardin setin dulu boleh dapat 2-3 ringgit tapi sekarang setin 5-6 ringgit. Kalau suami tak usaha tambah pendapatan memang benda ni akan buat isteri sakit kepala. Suami tahu bagi duit je, cukup atau tak cukup tu isteri yang kena buat kira kira. Isteri ibarat menteri kewangan keluarga.

4. Isteri dah kerja lebih masa.

Setiap hari buat overtime, double duty semata-mata nak dapatkan duit lebih. Suami ada timbang rasa la. Bila tak bertimbang rasa tu yang isteri stress. Isteri kerja lebih di pejabat, di rumah pun isteri yang buat kerja lebih. Suami lebihnya memantau sahaja.

5. Kena layan diri sendiri.

Ini antara stress paling berat yang terpaksa para isteri tanggung. Dah la stress kat tempat kerja, beban kerja rumah, layan kerenah anak-anak suami pula tak ada untuk membantu. Bukan badan je down, tapi mental dan emosi boleh down juga. Risiko meroyan tu jadi tinggi bila mental dan emosi kerap down.

Tak salah isteri bekerja dengan niat nak bantu ringankan beban kewangan suami. Tapi suami pun kena ada toleransi juga, kalau isteri boleh keluar bekerja maka suami pun boleh juga bantu isteri buat kerja di dalam rumah. Ini baru sehati sejiwa.

Badan kalau penat rehat lama sikit boleh hilang tapi kalau hati dah penat melayan sikap ego dan tak bertimbang rasa suami tu lama-lama boleh jadi pencetus bergaduh.

********

Jangan Stress-Stress, Pasangan Suami Isteri Seharusnya Bijak Melepaskan Tekanan Pasangan, Bukan Menambahkan Lagi Tekanan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,902 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen