Tanda-Tanda Anak Mengalami Masalah Speech Delay Mengikut Usia Mereka.

 

Kalau dahulu masa kita kecil-kecil mungkin kurang kanak-kanak yang mempunyai masalah speech delay ini. Tapi kanak-kanak pada masa ini begitu mudah untuk mempunyai masalah speech delay. Bahkan speech delay ini mampu membuat kanak-kanak tidak mampu berkomunikasi dengan baik sehingga usia mereka 5 tahun.

Ibu ayah kena rajin perhatian anak-anak anda. Jangan menganggap bahawa anak tidak mampu berkomunikasi dengan baik ini adalah masalah biasa ketika umur mereka.



Jika anda tidak tahu bagaimana untuk mengenal pasti tanda-tanda seperti ini pada anak anda, mungkin anda boleh lihat perkongsian Puan Aishah Kassim seperti di bawah ini.

Jangan pandang remeh akan masalah seperti ini, ia mungkin akan bawa hingga ke dewasa.

Tanda-tanda anak mengalami masalah speech delay mengikut usia mereka.

6 BULAN

❗️Tidak ketawa atau menghasilkan bunyi

❗️Tidak mencari sumber bunyi seperti nama dipanggil

❗️Tidak melakukan eye contact

1 TAHUN

❗️Tidak memberi respond pada nama

❗️Tidak memahami arahan mudah

❗️Tidak mengenali objek2 mudah seperti susu, baju etc

❗️Tidak pandai menggunakan gesture seperti angguk, geleng, lambai tangan, menunjuk, dll

2 TAHUN

❗️Menyebut perkataan kurang dari 50 perkataan

❗️Tidak berminat dengan interaksi sosial

❗️Tidak memahami arahan mudah

3 TAHUN

❗️Tidak boleh menyambung ayat 3 perkataan (contoh: mama, nak susu)

❗️Tidak boleh menjawab soalan mudah seperti apa, mana dan siapa (contoh: mana mama, siapa punya, apa tu, mana kasut)

4 TAHUN

❗️Tidak boleh bercerita cerita yang mudah

❗️Belum menyambung ayat sekurang kurangnya 5 perkataan

❗️Pertuturan sukar difahami (sepatutnya 90% boleh difahami)

❗️Tidak boleh menyampaikan perasaan

❗️Tidak boleh menjawab soalan apa, mana, siapa, kenapa, bila dan macam mana

5 TAHUN

❗️Tidak boleh mengikut arahan 3 langkah tanpa bantuan gesture (contoh: ambil bola, pergi dapur dan letak dalam sinki)

❗️Tidak boleh memberi tumpuan pada cerita dan memahami cerita

❗️Tidak boleh bercerita perkara lepas dan menggunakan kata hubung

Jangan tunggu lama-lama.. sebab waktu kritikal untuk kanak-kanak belajar bahasa ni sampai 5 tahun.. lepas 5 tahun kebolehan dah start turun.. jika lepas 7 tahun masih tak bercakap, kebiasaannya anak nonverbal sehingga dewasa...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 487,920 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen