Berbuka Puasa Dengan Tembikai Dapat Mengekalkan Kesihatan Tubuh Badan.

 

Bulan-bulan puasa ini memang sedap kalau berbuka bersama tembikai. Tidak kiralah sebagai buah potong atau dijadikan jus, ia pasti rasa sangat melegekan. Buah tembikai yang masak adalah menyejukkan dan manis. Buah ini dikatakan menyejukkan badan ketika rasa panas.

Apa yang lebih menarik adalah buah tembikai lebih mudah dihadam berbanding timun dan makanan-makanan lain. Masih ramai lagi yang tidak tahu akan manfaat buah tembikai ini.

Mari kita teruskan membaca artikel yang dikongsikan oleh Dr. Zubaidi Hj Ahmad ini untuk ketahui khasiat buah tembikai ini.

Ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah memakan buah tembikai. Ini menunjukkan buah tembikai adalah buah yang bernutrisi, selamat dan baik untuk dimakan. Ada ulama (tidak diketahui sumber) memberitahu wanita yang hamil digalakkan untuk memakan tembikai kerana anak yang bakal dilahirkan akan baik akhlaknya dan sempurna sifatnya.

Mengikut kajian sains pula, buah tembikai ini sangat sesuai dijadikan hidangan pertama ketika berbuka puasa bersama dengan kurma. Satu atau dua ulas tembikai bersama beberapa biji kurma dan segelas air kosong cukup untuk memberikan tenaga segera bagi mereka yang berpuasa.

Tembikai mempunyai Glycemic Index yang tinggi, bermakna penyerapan gula ke dalam badan berlaku dengan pantas. Oleh kerana kita hanya mengambil beberapa ulas saja, ia tidak memudarratkan. Semasa menjalankan ibadah puasa, beberapa perubahan fisiologi dalam tubuh akan berlaku.



Antaranya enzim yang berada dalam tubuh dikeluarkan secara perlahan-lahan disebabkan kita tidak makan sepanjang hari. Lapisan lendiran yang menyelaputi dinding dalam saluran penghadaman (perut dan usus) menipis. Oleh itu apabila kita berbuka puasa, mulakanlah dengan makanan yang bersifat mudah (simple real food).

Antaranya buah-buahan seperti tembikai, anggur, pisang dan betik. Tembikai mengandungi Vitamin A, C, thiamin, riboflavin, niacin, vitamin B6 dan folate. Vitamin-vitamin ini membantu menstabilkan mood dan menguatkan ingatan. Berbuka puasa dengan tembikai dapat mengekalkan kesihatan tubuh.

Ia mengandungi 92% air dan nutrisi yang tinggi, sesuai untuk menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa dan menggalakkan perpeluhan ketika musim panas. Tembikai juga mengandungi sebatian lycopene iaitu sebatian antioksida yang boleh didapati dari buah-buahan berwrna merah seperti tomato.

Satu gelas tembikai mengandungi 10mg lycopene, sementara satu gelas tomato mengandungi 5-6 mg lycopene. Lycopenen sangat baik untuk merendahkan risiko mendapat penyakit jantung dan osteoporosis, juga membantu mengelakkan penyakit sel-sel mutasi pada payu dara dan prostat.

Lycopene juga merupakan antioksida yang bagus diamalkan bagi pesakit diabetes, katarak, kulit dan juga membantu dalam masalah kesuburan. Tembikai juga mengandungi sebatian citrulline, yang merangsangkan pengeluaran bahan nitric oxide, yang berfungsi sebagai merehatkan, melembutkan dan mengembangkan saluran badan yang sangat sesuai diamalkan oleh pesakit yang mengalami lemah tenaga batin (erectile dysfunction) dan hipertensi. Bila saluran dalam badan mengembang ia mengekalkan perjalanan saluran badan dalam saluran koronari pada jantung.

Haaa, buka puasa nanti cepat-cepatlah cari buah tembikai.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,353 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen