“Jika Anak Bertanya, Jangan Jawab ‘Tak Tahu’ Ataupun Biarkan Persoalan Anak..” Ikuti Tips Yang Dikongsikan Ini.

 

Secara kebiasaannya, sekiranya anak-anak kecil mempunyai pelbagai persoalan, pasti pening kedua ibu bapa mahu memberi jawapan. Ada sahaja yang menjawab ‘Tidak Tahu’, malah ada juga hanya membiarkan persoalan anak-anak tergantung. Lebih parah apabila ada segelintir ibu bapa menjawab..

“Itu kerja Allah..”

Bagi ibu bapa yang buntu, ikuti perkongsian dari Puan Noor Afidah ini…

********

JIKA ANDA TIDAK TAHU JAWAPANNYA:

1. Mengaku anda tidak tahu.

Pengakuan sebegini tidak membuatkan anda terhina di mata anak sebaliknya anak akan mengagumi anda kerana mengajar anak erti kejujuran dan merendah diri. Minta masa daripada anak untuk anda mencari jawapannya terlebih dahulu dan akan menerangkan kepada anak kemudiannya.

Ini mengajar anak bahawa orang dewasa juga perlu terus belajar kerana masih banyak perkara yang belum diketahui. Jangan berpura-pura tahu dengan memberi jawapan yang salah kepada anak kerana takut jatuh air muka.

Image result for anak bertanya

2. Cari jawapan bersama-sama dengan anak.

Anak-anak suka memerhati dan menganalisa sesuatu perkara itu dengan mendalam kerana mereka sentiasa tertanya-tanya tentang persekitaran mereka. Adakalanya soalan yang ditanya terlalu ‘deep’ dan membuatkan anda terkedu. Gunakan peluang ini untuk mengkaji dan mencari jawapan bersama-sama dengan anak.

  • Anda boleh merujuk buku bersama-sama anak,
  • Merujuk bahan 'online' bersama-sama anak
  • Ataupun bersama-sama dengan anak bertanya kepada seseorang yang anda tahu mempunyai kepakaran untuk menjawap persoalan yang bermain-main di fikiran anak.

Mengkaji bersama-sama sebegini akan mendorong anak untuk terus mempunyai sifat ingin tahu, mengkaji dan menjana pemikiran kritis pada diri anak-anak.

3. Tanya pendapat anak.

Sebelum menjawab soalan yang ditanya anak, anda juga digalakkan bertanya pendapat anak terlebih dahulu tentang perkara yang dikemukakan anak.

Contohnya jika anak bertanya kenapa kita tidak boleh beri makan kepada haiwan di zoo, tanya anak terlebih dahulu apa pendapat anak tentang perkara tersebut.

Kenapa tidak boleh?

Adakah ia wajar?

Ini akan menggalakkan anak untuk meneroka pemikiran dan pengetahuan anak terlebih dahulu. Gunakan bahasa yang sesuai dengan tahap pemikiran dan usia anak. Kadang-kadang kita sendiri tidak terfikir seperti mana dari sudut pandang anak.

Cara kita menjawab (atau tidak menjawab) soalan-soalan anak akan menentukan sama ada:

1) Anak akan terus bertanya kita tentang sesuatu ataupun dia akan bertanya kepada orang lain yang lebih sudi mendengar.

2) Anak akan terus bertanya tentang sesuatu yang tidak difahaminya atau hanya diam membiarkan apa yang tidak difahami itu terus tidak difahami.

3) Anak akan menjadi pemikir yang kritis ataupun hanya terima sebulat-bulatnya apa yang didengari atau dibaca olehnya.

4) Anak boleh menjadi seorang yang bijaksana (wise) ataupun seorang yang biasa-biasa sahaja.

********

Jadilah Ibu Bapa Yang Bijak Mendidik Anak-Anak!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,144 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen