Gaji Besar Tidak Menjamin Kita Ni Kaya….

 

Gaji Besar Tidak Menjamin Kita Ni Kaya….

Gaji besar pasti akan di sanjung tinggi…

Gaji besar pasti ramai yang mencari…

Gaji besar pasti ramai mahu tumpang populariti…

Adakah itu yang kita mahu kejarkan di atas muka bumi ini?

Duniawi semata-mata untuk menunjuk kita di atas, padahal apabila menemui ajal, di bawah tanah juga kita diami.

Hidup memang memerlukan duit, tapi jangan sampai bertuhankan duit.

Namun, sekiranya gaji kita besar tetapi tidak pandai untuk menguruskan perbelanjaan, kita ni tidaklah kaya sebenarnya.

Sehinggakan tidak tahu ke mana duit gaji itu mengalir dan dihabiskan.

Sejauh mana kita mempunyai gaji besar dan mampu untuk menguruskan duit gaji tersebut sehingga menjadi kaya?

1. Melabur.

Pada platform mana kita laburkan duit? Tetapi adakah kita mempunyai sedikit duit untuk dilaburkan? Kita pada tahap mana?

Tahap 1: Dapat Gaji.

Tahap 2: Simpan duit.

Tahap 3: Labur Duit.

Tahap 4: Gandakan duit.

Tahap 5: Kekalkan duit.

Adakah kita masih di tahap 1? Ubah diri dan Mind Set anda sekarang!

2. Bajet.

Sudah ataupun tidak kita membuat bajet? Atau langsung tidak membuat bajet perbelanjaan setiap bulan? Dapat sahaja duit gaji, terus dihabiskan? Sebab tu, masih kekal di tahap 1 sahaja. Memang sampai bila-bila tidak akan berganjak. Sampai bila-bila pun tak akan jadi kaya.

3. Pendapatan sampingan.

Tanya diri anda sendiri, pada usia sebegini sudah banyak membuat kerja sampingan untuk mendapat duit tambahan? Atau tidak pernah langsung terfikir untuk menambah atau menggandakan duit? Terlalu selesa dengan gaji sendiri, sehingga tidak membuat bajet apatah lagi membuat simpanan atau pelaburan?

Untuk menjadi seorang yang kaya, individu ini bukan mengharap pada satu pendapatan sahaja, tetapi menggunakan segala kudrat untuk mendapatkan duit tambahan dengan melakukan pelbagai kerja.

Anda bagaimana?

4. Materialistik.

Bagi pandangan anda yang bergaji besar, anda adalah seorang yang kaya sekiranya semua barangan yang dibeli hanya berjenama dan mahal sahaja. Makan di restoran pun yang mahal-mahal, sehingga air kopi RM20 seorang. Kaya.

Namun, individu yang bergaji besar dianggap kaya adalah apabila tidak membuta tuli membeli barangan yang berjenama semata-mata untuk kepuasan hawa nafsu.

Duit yang ada akan disimpan, dilabur, digandakan supaya duit tersebut dapat dikekalkan.

Pada saat itu, ketika duit berjaya dikekalkan, baru berimpian untuk berumah besar, apatah lagi melancong ke luar negara bersama keluarga tercinta.

Nak jadi kaya, tapi tiada duit langsung?

Atau nak jadi kaya, tapi banyak duit simpanan yang dapat dikekalkan?

Pilihan ternyata di tangan anda sendiri! 

No photo description available.
Kredit: Facebook Azizul Azli Ahmad

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,999 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen