“Kau Mampu Nak Beli Rumah, Tapi Kenapa Masih Menyewa?” Sila Hadam Kata-Kata Lelaki Ini.

 

Pada mereka yang sedang menyewa rumah, cuba tanya diri sendiri, berapa lama sudah menyewa dengan tuan rumah tersebut? Bagi mereka yang masih bujang, masih lagi boleh berkira-kira untuk mengumpul duit membelirumah sendiri.

Tetapi bagi mereka yang sudah berkahwin, berapa lama pula ingin menyewa rumah tanpa ada rumah sendiri? Bila mahu mempunyai harta sendiri dan memberi keselesaan pada anak-anak dan juga isteri?

Jika sudah berkemampuan untuk membeli rumah, jangan tangguh lagi,sila hadam kata-kata daripada saudara Harith Faisal ini…

********

Image may contain: 1 person, suit

1. Rugilah kalau kau tak tahu potensi kewangan diri kau sendiri. Kau mampu menyewa rumah RM1000 tapi tak yakin nak beli rumah RM200K.

2. Kalau kau nak tau, ansuran bulanan rumah berharga RM200K tu hanyalah sekitar RM900 hingga RM1000 saja. Kalau RM300K, ansuran RM1500. Baru tau?

3. Takda modal nak beli rumah, pastikan cari ilmu hartanah yang sesuai dengan situasi kau. Dah ada 3% pun dah okay. Baki 12% keluarkan KWSP.

4. Andai tak jumpa hartanah harga RM200K, pastikan kau rendahkan taste kau tu. Nak cari yang landed corner lot kat Bandar Baru Bangi, memanglah takda.

5. Yang pakat nak menyewa sampai pencen, mohon fikirkan balik hasrat itu masak-masak. Kau dah buat kerja amal kat tuan rumah kau tu, tau tak.

6. Kau dah tolong bayarkan ansuran bulanan dia sampai 5 tahun, 10 tahun. Seronok tuan rumah tu "mempergunakan" duit kau. Haha! Wake up!

7. Tapi janganlah kau senang hati gelar tuan rumah kau tu dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk dia, dia dah sediakan tempat tinggal untuk kau.

8. Kau yang "baik" sangat tu, relaks pakai kereta lagi mahal daripada dia. Cuti hujung minggu dia sibuk setup rumah-rumah sewa dia, kau enjoy bercuti.

9. Lima tahun lepas tuan rumah kau beli rumah tu mungkin RM100K saja. Tapi janganlah kau harap dia jual kat kau harga sama macam dulu. Takkan berlaku.

10. Harga pasaran rumah tu dah jadi RM200K, mesti dia akan jualkan ikut harga pasaran. Dia kan pelabur hartanah. Mesti dia nak profit punya.

11. Walau dia masih bayar kat bank RM500 sejak 5 tahun lepas, tapi dia sewakan RM1000, kau jangan marah. Dia nak kau beli rumah sendirilah tu. Faham?

12. Selagi harga yang dia letak masih ikut harga pasaran, dia tak salah. Ini kan bisnes dia. Kopi hipster yang harga RM15 tu pun laku gila padahal overprice.

13. Daripada kau mengharap tuan rumah atau orang lain berubah untuk kau, lebih baik kau yang berubah. Masih nak menyewa walau mampu memiliki rumah?

Fikir-fikirkanlah. Ha! – HF

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,557 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen