Belajar Untuk Melepaskan Dan Kejar Kebahagiaan Sendiri Dahulu.

 

Melepaskan itu bukan tanda tidak sayang tetapi lebih kepada memberi kepada kebahagiaan untuk kedua-dua belah pihak. Kalau bersama tetapi tidak memberi kebahagiaan untuk apa masih bertahan dalam satu hubungan tersebut.

Kadang kala orang pilih untuk bertahan kerana anak-anak yang memerlukan ibu dan ayah mereka tetapi jika hanya diri sendiri sahaja yang cuba memaafkan dan berbaik pasti itu bukan satu yang baik. Bahkan ia mampu menjadi tekanan serta derita di hati seseorang.



Perkara sebegini tidak bagus dalam suami isteri. Sebaiknya belajar bahagiakan diri sendiri dahulu barulah boleh bahagiakan orang lain seperti yang disarankan oleh saudara Afnan Rosli ini. In Sya Allah hidup akan lebih bahagia.
Cuba belajar untuk melepaskan.

Belajar untuk melepaskan. Bila saya dengar Bella nak move on dah dari Toxic relationship beliau, saya rasa lega dan syukur. Tahniah! Kesian tengok Bella being strong for too long.



Kadang-kadang, kita terlalu banyak berkorban, tapi orang tak hargai. Terlalu banyak simpan, akhirnya makan diri.

Sometimes perlu hormat diri kita. Hargai diri kita. Saya selalu ajar orang supaya sayang diri sendiri. Jadi gembira, jadi tenang, jadi bahagia. Then baru kita boleh nak Bahagia kan orang sekeliling.

Hanya orang yang ada sahaja boleh memberi. Mana mungkin kita tidak Bahagia tapi nak memberi Bahagia? Mustahil. Tapi itu lah yang ramai kita buat. Kita sacrifice bahagia kita, dengan harapan orang yang kita sayang akan bahagia.

Tak. Its the other way around.

Kita dulu kena bahagia, then automatic orang sekeliling kita jadi bahagia.

Bila salah faham macamni yang masyarakat rosak. Sebab kita rasa, aku korban jiwa raga demi anak-anak. Aku seksa, aku sakit takpe, janji anak isteri bahagia. End up, diorang pun jadi tak bahagia. Kenapa? Sebab kita harap kita dapat memberi dari tempat yang kita tak ada.

Jadi, pastikan kita bahagia, then seluruh orang keliling kita automatic akan bahagia tanpa di paksa. Student saya dah ramai gila dah jumpa Magic dalam life bila mereka faham konsep ni.

Antara tanda kita hormat diri kita, dan respect kebahagiaan kita ialah kita cut out toxic people out of our life.


Ini ciri-ciri toxic people :

1. Those yang selalu buat kita rasa down. Tak kira apa pun kita buat, ada saja cara nak bagi kita rasa down. Ni toxic people.

2. Those yang tak reti menghargai value kita. These are energy vampires. Hanya spend energy kita pada orang yang menghargai.

3. Those yang sentiasa buat kita rasa terseksa. Doesn’t matter wather its kawan baik, kekasih or what ever. Whats the point Kalau sepanjang hidup terasa seksa? Let go.

4. Those who don’t support you. Orang-orang yang tak menyokong impian, cita-cita anda, kurangkan bergaul dengan mereka. Banyak bergaul dengan like minded people. Orang yang satu fikiran dengan kita.

5. Negative people. Orang yang sentiasa nampak negative dalam semua perkara. Ini jangan duduk dekat langsung. Lama-lama negative dia jangkit kat kita.

Letting go doesn’t mean that you don’t care about someone anymore. It’s just realising that the only person you have control over, is yourself.

Don’t dwell on what went wrong. Instead focus on what to do next. Spend your energies on moving forward towards finding the answers.

Love yourself first. Then you can give love to others. Hanya orang yang mempunyai, boleh memberi.

Saya doakan yang terbaik buat Bella InsyaAllah.
-Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 382,248 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen