Chia Seed Bantu Bekalkan Air Dalam Tubuh Badan, Sesuai Ambil Ketika Berpuasa.

 

Bulan-bulan puasa ini pasti ramai yang tercari-cari bagaimana tahan lapar yang agak lama ketika berpuasa. Walaupun pelbagai tips dan petua yang terdapat di media sosial tetapi tidak semua orang sesuai dengan petua tersebut.

Pada bulan puasa ini yang paling penting adalah air untuk memastikan tubuh badan kita tidak dehidrasi. Namun begitu, bagaimana nak kekalkan air dalam tubuh badan kita untuk jangka masa yang lama?

Mari kita sama-sama ikuti tips yang dikongsikan oleh Dr. Rizal Abu Bakar ini.



Ada kawan tanya “ok ke puasa sampai 18 jam di German? Macam mana bertahan puasa?Tak rasa nak buka ke?” Bertubi tubu soalan

Saya jawab “ok jer. Dah biasa puasa. Tapi memang rasa “mak aii lamanya”. Ada masa asyik dok tengok jam. Apasal lambat sangat.

Kalau jam jarum mahu rasa nak pusing bagi cepat.

Puasa pula time musim bunga yang sejuk. Ada masanya pagi -1 degree. Bila sejuk kita cepat lapar. Sebab tubuh nak bakar tenaga untuk bagi kita rasa panas.

Jadi saya nak kongsi satu macam mana nak bertahan puasa lama. Paling penting ialah waktu sahur. Bukan waktu berbuka.

Saya kongsikan satu makanan yang selalu saya amalkan & cara sediakannya.

Paling penting masa puasa ialah air. Lebih lebih lagi di Malaysia yang panas. Kita memang nak kena pastikan air cukup. Bab ambil wuduk tertelan air tak masuk dalam kategori ini.

Rahsianya letak pada superfood ni. Namanya chia seed. Asal dari Amerika Selatan.

Secara tradisi Chia seed ni diguna oleh puak Aztecs dan Mayan. Kaum lelaki puak puak ni yang memburu masuk hutan bawa bekal Chia Seeds jer. Tak bawa kepsi atau mekdi.

Masuk hutan pula buka ada gerenti terus dapat. Ada masa berhari. Ada waktu lain berminggu. Jadi geng ni bertahan dengan chia seed yang bermaksud “kekuatan”

Masa Chris di Institute of Brain Imaging tanya saya bagi jawapan yang sama. Dengan bangga saya jawab ambil chia dengan coco ococ. Bab Chia Seed dia faham. Bab coco ococ jenuh pula explain kat dia.

Pasal apa chia seed hebat?

Ni nak bagitau. Chia Seed hebat sebab 28 gram atau dua sudu chia seeds ada:

+ Fiber: 11 gram
+ Protein: 4 gram
+ Omega 3: 9 gram
+ Kalsium: 18% dari keperluan harian tubuh manusia
+ Manganese: 30% dari keperluan harian tubuh manusia
+ Magnesium: 30% dari keperluan harian tubuh manusiadari keperluan harian tubuh manusia
+ Phosphorus: 27%
Chia Seed juga mengandungi Zinc, Vitamin B3 (Niacin), Potassium, Vitamin B1 (Thiamine) and Vitamin B2.
Tu dia. Berlambak.



Ni cara nak prepare Chia Seed :

1. Masukkan 2 sudu Chia Seed ke dalam air kosong bersuhu bilik.

2. Biarkan selama lebih dari 30 minit. Lebih lama lebih bagus.

3. Chia Seed akan kembang seperti biji selasih.

4. Minum waktu bersahur.

Yang best air tersimpan di dalam Chia Seed. Sebab dia serap air. Lepas tu air akan terkeluar sedikit demi sedikit masa kita puasa. Jadi tubuh tetap terima air.

Bahasa mudahnya macam tulah. Hurain saintifik panjang dan kompleks pula. Ambil yang senang faham jer dulu.

Tulah rahsianya. Malam nak pergi terawih pun boleh cuba. Taklah mengantuk, letih dan sangap memanjang.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 385,187 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen