Perkahwinan Itu Bukan Magic, Jangan Menganggap Lelaki-Lelaki Seperti Ini Akan Berubah Selepas Berkahwin.

 

Apabila terlalu banyak sangat menonton drama atau membaca novel, kadang kala kita akan terikut-ikut jalan cerita yang dipaparkan itu. Kebanyakkannya cerita-cerita cinta peminatnya adalah wanita. Jadi ramailah wanita yang akan mula beranggan-anggan untuk memiliki pasangan seperti yang ditayangkan itu. Tetapi lelaki-lelaki yang ditayangkan itu hanyalah lelaki memberi penindasan terhadap wanita bukannya lelaki yang benar-benar tulus ikhlas menyayangi wanita.

Dalam cerita tersebut hanya berbentuk penindasan dan mahukan wanita bersabar agar menjumpai kebahagiaan diakhirnya. Tapi dalam realitinya berapa ramai lelaki akan berubah seperti di dalam cerita tersebut?

Seperti yang dikongsikan oleh saudara Muhammad Musoddiq Bin Jaafar ini, cerita-cerita seperti ini hanya mengangkat lelaki tak guna menjadi hero sahaja. Meh, kita sama-sama hadam apa yang disampaikan ini.



Bila Lelaki Tak Guna Diangkat Jadi Hero.

Hanya menceritakan segala bentuk penindasan terhadap wanita sahaja.

Lelaki arrogant, playboy, baran, lelaki yang kasar dengan isteri/perempuan, layan isteri/perempuan dengan teruk, yang suka buli isteri/perempuan, patriaki, pukul isteri/perempuan, herdik isteri/perempuan, layan isteri macam orang gaji, kahwin paksa, menyamar, menipu, kahwinkan perempuan baik dengan lelaki tak guna dengan harapan lelaki tu berubah, pasrah/sabar dengan suami/lelaki tak guna, rogol, dan berbagai lagi tipikal dan kebiasaan jalan cerita novel sampah dan drama sampah bukanlah sesuatu yang manis dan patut diangankan.

Semua itu bukan sweet ya tuan-tuan dan puan-puan. Semua itu adalah satu bentuk penindasan terhadap wanita.
Sebab itulah dari awal lagi aku jelik dan muntah dengan drama memaparkan lelaki tak guna ni jadi hero. Sebab sisi pandang aku adalah, lelaki tu adalah penindas. Dan para gadis dan perempuan yang menontonnya mengangkat si penindas ini menjadi hero.

Pernah salah seorang novelis drama ni serang aku kononnya tak tengok iktibar dan mesej yang cuba disampaikan. Alah, kalau setakat buat jalan cerita lelaki tu berubah pada hujungnya atau lepas kahwin jadi baik tu namanya sampah. Sebab awal-awal lagi jalan cerita itu mengsengsarakan isteri/perempuan. Biar sahaja perempuan yang ditindas itu sabar, sabar, sabar, dan menafikan hak perempuan itu untuk dilayan dengan adil dan baik. Lepas itu penyelesaiannya lelaki tu berubah jadi baik. Itu sampah.

Seharusnya kalau betul tak nak novel kau tu jadi sampah, patutnya novel kau tu angkat wanita dengan watak wanita itu melawan penindasan terhadap dirinya. Bangkit dapatkan keadilan melalui undang-undang. Jika dikasari terus dapatkan laporan perubatan dan report polis terus. Ceraikan lelaki tak guna tu. Pastikan lelaki tu terima hukuman setimpal. Bukannya dosa dan kesalahan lelaki tak guna itu terampun dengan "akhirnya dia berubah".

Kepala hotak kau membiarkan wanita yang ditindas itu merelakan dirinya ditindas. Wujudkan watak yang melawan penindasan, bukan yang merelakan penindasan.

Lelaki seperti ini tidak sweet.

Banyak sangat drama dan novel yang jalan ceritanya perempuan dilayan seperti sampah, dilayan seperti perempuan murahan, dilayan seperti mereka tiada perasaan, dilayan seperti kucing kurap. Penyelesaian cerita tu mudah. Akirnya lelaki tu berubah. Lepas tu kononnya lelaki tu insaf. Lepas tu kononnya lelaki itulah paling sweet dalam dunia. Lepas tu lelaki itulah paling hero.

Kanak-kanak belum mumayyiz je yang layan perempuan dengan teruk dengan harapan perempuan tu suka dekat dia.

(belum mumayyiz - kanak-kanak yang tidak dapat berfikir dengan baik dan masih belum mampu urus makan dan minum sendiri, urus mandi sendiri dan lain-lain lagi)

Realitinya, bila korang sendiri terjumpa situasi atau merasai sendiri situasi penindasan itu, barulah tahu cukup ke tak nafas nak tarik, baru tahu mampusnya nak hadapi lelaki tak guna ni.

Memanglah dari kaca mata kau, lelaki tak guna dalam novel dan drama itu nampak sweet. Sebab itu adalah watak lelaki ciptaan angan-angan wanita, acuannya oleh fantasi wanita. Tidak realis. Tak salah watak lelaki yang dicipta oleh wanita, tetapi biarlah realiti. Ini lelaki sendiri pun menyampah tengok watak lelaki dalam drama dan novel.

Ketahuilah, lelaki tak guna itu bukanlah sweet. Jangan haraplah kononnya lelaki tu berubah lepas kahwin. Realitinya berapa ramai sangatlah yang berubah? Akhirnya mendatangkan kesan buruk dan trauma pada isteri. Lagi teruk, mendatangkan trauma kepada anak-anak. Ya, mungkin kau boleh cerita sedara jiran sepupu sepapat yang berubah lepas kahwin dan segalanya.

Tetapi bagaimana yang tak berubah? Masih menindas wanita hingga akhir hayatnya? Yang kencing muka isteri sebab makanan tak sedap? Pukul isteri atas alasan remeh temeh? Dan bagaimana ratusan laporan akhbar penindasan terhadap wanita?

Lawan penindasan bukan bersabar.

Kononnya kesabaran kau tu akan menjadikan esok lusa menjadi elok dan tenang?

Andai lelaki tu layan kau macam sampah, herdik kau, layan kau dengan teruk, pukul kau, maki kau, dan lain-lain lagi elemen penindasan (tipikal jalan cerita drama dan novel sampah), thats it. Cukup. Itu dah cukup untuk kau walk away dan dapatkan pengadilan. Jangan biarkan lelaki tak guna ni lepas dan seronok dengan hidup dia dan kebarangkalian besar lelaki tak guna ini akan menyengsarakan hidup wanita lain.

Bukannya tunggu dah patah riuk dan anak-anak menjadi mangsa dan trauma seumur hidup baru melawan. Lawan dari awal. Jangan biarkan lelaki tak guna ni berleluasa.

Jangan angkat langsung lelaki tak guna ini menjadi hero.

Seharusnya drama perempuan atau novel untuk perempuan ini bangkit mengangkat wanita. Jika perempuan ditindas, apa tindakan undang-undang dan keadilan yang harus lakukan. Bukan sabar-sabar-sabar sampai kantoi 4 kali. Terus lawan penindasan.

Perkahwinan itu bukan satu keajaiban.

Kahwin bukan magic yang akan menyelesaikan segalanya. Kahwin bukan magic untuk menjadikan lelaki tak guna itu berubah. Bodoh betul buat jalan cerita kahwin adalah penyelesaian segalanya, dimana lelaki tak guna tu berubah lepas kahwin.

Simplistik sangat bila anak perangai setan, penyelesaian dia kahwinkan dengan perempuan baik, dan dengan ending dia lelaki tu jadi baik. Tu kau dah menindas perempuan namanya bila tahu anak perangai setan kahwinkan dengan perempuan baik, dan akhirnya perempuan tu ditindas.

Jangan angkat langsung lelaki tak guna ini menjadi hero.

Seharusnya dari awal lagi lelaki tak guna (suka menindas wanita) ini tidak diangkat menjadi hero walaupun sekadar fantasi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,051 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen