Daftar Nikah Setelah 27 Tahun Kahwin, Peguam Syarie Ini Kongsi Kisah Benar.

 

Bab-bab nikah kahwin ini jangan dipandang ringan sahaja, terutama buat mereka yang bernikah di luar Malaysia. Ini kerana, apabila anda tidak mendaftar perkahwinan anda mungkin ia akan mengganggu urusan-urusan yang bakal berlaku kelak. Tidak kiralah urusan penceraian, urusan berkahwin baru ataupun anak-anak yang ingin berkahwi.

Sebagai contoh kisah yang dikongsikan oleh seorang Peguam Syarie En. Mohamad Azlin ini yang pasti memberikan pengajaran buat semua yang membacanya.

Jom ikuti perkongsiannya.



Hari ni uruskan satu pendaftaran nikah pasangan warga emas yang nikah tahun 1992 di Thailand. Nikah tak pernah daftar sejak kahwin. Hasil kahwin anak perempuan seorang.

Sejak kahwin hanya pegang surat nikah Thailand. Tahun 1992 pendaftaran masih guna buku belum guna komputer.
Sijil nikah Thailand hilang dan pasangan pula bercerai dan tinggal berasingan.

Masalah wujud bila anak perempuan nak nikah. Cadangan nikah sepatutnya bulan 3/ 2019. tapi terpaksa tangguh sebab dokumen tak cukup untuk pejabat agama benarkan bernikah.

Apa dokumen tu? ye betul..Surat nikah ibu bapa. Sebab nak tentukan status beliau.

Masalah lebih berat bila ibu dan ayah dan bercerai pun, dah tinggal berasingan lama.

Apa yang lebih rumit adalah surat nikah tiada dalam rekod Pejabat Agama di Thailand sebab dah lama sangat. Saksi nikah pula tak dapat dikesan, tak tahu masih hidup atau telah meninggal dunia.

Mujurlah ibu dan ayah sanggup nak daftar nikah mereka walaupun kesihatan tak berapa mengizinkan. Jika tak nak beri kerjasama tak tahulah apa kan jadi pada perkahwinan anak mereka.

Nasihat saya jangan tidak daftar nikah, kalau dah lama pun masih boleh daftar. jangan susahkan anak anda kemudian hari.

Anda mungkin tidak kena masalah pada waktu ini, tapi waris mungkin terkesan.

Cuba fikir apa kana jadi kalau ibu atau ayah wanita ini dah meninggal dunia, macamana nak daftar nikah mereka? Rumit kan!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 382,252 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen