Ibu-Ibu Jangan Beri Anak Makan Guna Botol, Hanya Susu Sahaja Dibenarkan Di Dalam Botol.

 

Ibu-ibu sememangnya sentiasa mahukan anak-anaknya dalam keadaan yang kenyang. Tiada satu ibu pun mahu anaknya berlapar malah tidak mendapat zat yang secukupnya dari makanan yang diambil. Sebab itulah pelbagai cara ibu-ibu lakukan untuk membuat anaknya menerima makanan sehingga kenyang.

Tapi itulah, kadang kala cara kita nak buat anak-anak berselera makan itu tidak menggunakan cara yang betul. Bahkan mungkin cara kita itu sangat berisiko terhadap anak-anak yang masih lagi kecil.

Sedikit perkongsian dari Dietitian Fizah Sobri yang menegur sikap ibu-ibu yang memberi makan anaknya menggunakan botol. Jangan tiru ye ibu-ibu, cara ini bahaya untuk anak anda yang masih kecil lagi.



Pagi pagi lagi terkejut mak!

Kecoh satu kes ibu masukkan bubur ke dalam botol dan diberi melalui puting yang telah dipotong.

JANGAN TERIKUT YE MOMMIES



Apabila dibaca..kata biarlah ini cara untuk bagi anaknya kenyang dan tidur lena.

Cara ini telah dibuat turun temurun oleh ayahnya kepada adik beradiknya dan semua besar dengan baik.

Mommies zaman dah makin maju, ilmu tentang praktis cara bagi makan anak makin berkembang.

Mengapa saya kata tak boleh?

1. Cara suapan ini meningkat risiko untuk tersedak

Sambil minum sambil bayi akan ambil nafas

Jika cecair seperti susu ibu/susu senang untuk ditelan tetapi bubur sudah tekstur lebih kasar dan mengambil masa untuk telan. Jika tak habis telan bayi nafas akan tingkat risiko untuk makanan masuk dalam peparu

2. Tiada stimulasi oral langsung!!!

Semasa bagi susu perkembangan motor skills terhad kepada hisap dan telan

Waktu menyuap dengan sudu,kena ambil,kunyah,bergerak lidah dan telan. Nampak ada perkembangan di situ.

3. Confusion / baby keliru

Eh selalu bagi puting maksudnya susu..kali ni ada makanan pulak..

Kalau kena pada menu yang anak tak suka terus tolak botol? Naya mommies nak bagi anak minum susu lagi

4. Puting botol sangat senang kotor.

Bagi susu sepatutnya puting susu ditukar setiap 3 bulan kalau bubur lagi cepat kena tukar..dan makanan senang sgt nak tersumbat..kalau tak basih dengan teliti makanan basi boleh lekat dan menyebabkan anak sakit perut

5. Tatacara pengenalan makanan tidak tersusun

Pergh baru 6 bulan dah terus bagi macam macam..jika ada alergik reaction tak dapat kenalpasti mana dah sumbernya
Ni belum termasuk saya tegur tentang kalori boleh berlebihan .

Mohon mommies untuk tidak menggunakan cara macam ni ye

Jangan target waktu ini nak bagi anak kenyang sahaja

Target kita waktu ini adalah nak memperkenalkan tekstur, kategori makanan lain selain susu dan identify allergy.

Makan 1-3 sudu besar waktu 6-7bulan pun sudah memadai..tak perlu paksa habis satu bekas.

Sekian
Dietitian Fizah Sobri

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,027 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen