4 Sebab Kenapa Anda Terlalu Mengantuk Ketika Berpuasa Pada Bulan Ramadhan Ini.

 

Berpuasa ketika di bulan Ramadhan sahaja, pasti badan terasa amat letih. Tidak seperti hari-hari biasa yang kita lalui. Bukan sahaja terlebih membeli makanan hanya kerana menurut hawa nafsu, tidur pun terlebih-lebih juga.

Terutamanya ketika waktu di pejabat, buat kerja sedikit menguap, buat kerja sedikit nak rehat sekejap.

Related image

Kenapa ya ini terjadi?

Jom ketahui sebabnya.

1. Pilihan makanan berbuka yang tidak sihat.

Gangguan utama anda seolah-olah tidak cukup tidur adalah kerana pemilihan makanan ketika berbuka dan juga waktu bersahur. Jika anda pilih makanan yang tidak sihat seperti kandungan gula yang tinggi, kandungan garam yang tinggi, bergoreng ataupun berlemak ia sebenarnya secara tidak langsung akan menganggu sistem penghadaman anda.

Kemudian, tidur pun tidak lena dan mudah menjadi lesu.

Oleh sebab itu, anda perlu berbuka dan bersahur dengan makanan dan gaya yang sihat. Jangan terlalu banyak sehingga berlaku pembaziran juga.

2. Kuantiti tidur yang tidak cukup.

Ketika berpuasa bukan sahaja jadual pemakanan kita berubah, jadual tidur juga berubah kerana kita akan bangun lebih awal untuk bersahur. Namun, ada segelintir daripada kita mengelak untuk bangun ketika jam 5 pagi kerana khuatir tidak akan terjaga waktu tersebut.

Lalu, individu ini bercadang untuk sahur awal sekitar 12 sehingga 2 pagi, dan terus bangun untuk sahur kemudian bersiap untuk ke pejabat.

Jika ini yang anda lakukan, masalah nombor satu akan terjadi kerana sekiranya pemilihan makanan yang tidak sihat sudah tentu akan menganggu penghadaman anda. Akhirnya anda akan sukar untuk tidur juga.

3. Tidak tidur dalam gelap.

Image result for tidur dalam terang

Tidak ramai dikalangan kita boleh tidur dalam gelap seratus peratus kerana takut apa yang tidak dapat dilihat. Maka, individu sebegini akan tidur dengan cahaya malap supaya tidak menjejaskan penglihatan sekiranya untuk melihat telefon bimbit.

Namun, sebenarnya tidur yang berkualiti adalah apabila anda tidur tanpa sebarang cahaya.

Dengan adanya sedikit cahaya juga sebenarnya menganggu tidur anda, dan anda akan sering mengantuk pada siang hari.

4. Sering minum kopi.

Kepada penggemar kopi yang tegar, ini adalah salah satu punca kenapa anda sering mengantuk pada siang hari ketika berpuasa. Waktu berbuka mahu dihidangkan dengan kopi, malah ketika waktu bersahur juga.

Sudah sedia maklum, kopi adalah minuman yang mempunyai kafein yang tinggi, jadi kandungan tersebut boleh tinggal dalam tubuh anda selama 7 jam. Cuba bayangkan ketika waktu berbuka dan bersahur anda minum kopi tanpa henti, tidak mustahil akan membuat badan anda lesu sepanjang hari sebenarnya.

Kurangkan minum kopi, seelok-eloknya waktu berbuka sahaja. Jika minum waktu sahur, badan anda lebih cepat letih kerana dehidrasi.

Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,747 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen