Kalau Tidak Mahu Isteri Yang Berkerja, Jangan Bercinta Dengan Mereka Yang Berkerjaya.

 

Sejak akhir-akhir ini, isu keinginan orang lelaki yang mahu isterinya menjadi suri rumah tersangatlah dipandang serius oleh masyarakat. Ini kerana, isu sebegini membuat wanita-wanita yang berkerja terpaksa berhenti selepas berkahwin.

Bahkan ada juga yang mahukan seorang isteri yang memiliki pelajaran tinggi hingga ke peringkat sarjana tetapi mahukan isteri terbabit menjadi seorang suri rumah sahaja. Sudah tentulah perkara sebegini tidak dipersetujui oleh rata-rata wanita yang berkerjaya dan miliki pendidikan yang tinggi.

Seperti yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin ini ada betulnya. Kalau mahukan isteri yang duduk rumah, buat apa bercinta dengan wanita berkerjaya.



"Kalau sebelum kahwin lagi memang dah set dalam otak, tak nak isteri yang bekerja, maka cari yang tak bekerja dari masa bercinta lagi..."

Cari wanita yang tak bekerjaya dari awal lagi, senang...

Isteri memang kena dengar ckp suami, isteri memang kena mintak izin suami untuk keluar rumah, kalau suami tak bagi kerja, maka isteri tak boleh ingkar arahan suami, isteri kena ikut...kalau tak isteri jadi derhaka...betul tak?

But why u married her if u memang dari awal lagi tak nak dia bekerja? Memang nak dia duduk rumah?

At the time u choose her as your life partner pun, dia memang seorang wanita yang bekerjaya, ada income tetap bulanan, ada komitmen yang perlu dia tunaikan, ada tempat yang perlu dia bg sumbangan...

Jangan sewenang-wenangnya menafikan hak dia...dia belajar tinggi-tinggi, orang tua dia hantar masuk universiti, bayar duit yuran, duit tuisyen, duit buku dengan harapan someday dia akan dapat berbakti semula kepada diorang, dia boleh tanggung adik-adik dia, dia boleh kumpul harta, aset untuk masa depannya...backup kalau jadi apa-apa dekat dia...

Tapi end up, kita blocked semua matlamat dan cita-cita dia atas alasan, kita nak dia duduk rumah, jadi suri rumah sepenuh masa lepas kahwin dengan kita...

Kaum wanita bukan seronok-seronok nak kerja, nk biar anak orang lain jaga dan bela, nak hadap jem, nak serabut otak fikir benda lain selain dari keluarga sendiri...it is not for fun la dia orang pilih untuk bekerja...

Let me give 1 easy example, wife kita nak bersalin, kita cari doktor perempuan, tp yang ada semua doktor lelaki sebab doktor perempuan bila dah kahwin, suami dia tak bagi dia kerja, suh dia duduk rumah, jadi suri rumah...so doktor perempuan semua berhenti kerja, duduk rumah...maknanya, doktor lelaki la sambut kelahiran anak kita...ok macam tu? boleh imagine?

Saya bersetuju kalau kita sebagai suami nak isteri berhenti kerja atas sebab-sebab tertentu yang mana ada kebaikan untuk hubungan kita, rumahtangga kita dan keluarga kita selepas kita dah berkahwin dengan dia...dia mugkin boleh terima atau buat pertimbangan akan cadangan kita tu atas asbab, kita dah pun bagi dia peluang untuk bekerja, ruang untuk dia buat keputusan, dia dah capai matlamatnya, setel komitmennya dan sebagainya...

Benda boleh bincang, buat apa nak gaduh...

Suarakan apa yang kita nak BAKAL ISTERI kita jadi selepas berkahwin dengan kita, apa perancangan kita untuk dia, dan jika ianya bertentangan dengan matlamat dia, dia ta kboleh terima perancangan kita untuk dia, maka carilah yang sekufu, yang boleh terima akan kemahuan kita sebagai bakal suaminya...

Kadang kala wanita yang berkerjaya ini mempunyai keinginan dan cita-cita mereka yang tersendiri. Jadi sebagai pasangan, anda seharusnya menyokong bukannya menghalang apa yang mereka kejarkan itu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,586 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen