Ibu Mempunyai Sifat Empati Yang Tinggi, Jadi Didiklah Anak Lelaki Untuk Memahami Hati Wanita Dengan Beberapa Kaedah Ini.

 

Sifat empati adalah sifat yang dapat memahami hati dan perasaan insan lain. Dengan mempunyai empati yang tinggi, ia seolah-olah membuatkan seseorang itu dapat meletakkan dirinya dalam situasi orang lain juga.

Bak kata pepatah ‘Awak tak ada di tempat saya’ atau ‘You’re not in my shoes’..

Apabila kita berada di dalam ‘kasut’ seseorang, kita menjadi sangat prihatin dan mengambil berat terhadap insan yang mempunyai masalah supaya insan tersebut tidak keseorangan.

Dengan kata mudah, apabila adanya seorang wanita sedang merajuk, pasangannya iaitu teman lelaki atau suami tidak mengendahkan perasaan mereka dengan membuta tuli. Ini kerana anak lelaki tidak selamanya menjadi ‘bayi’ kepada ibu mereka. Apabila sudah dewasa, sudah tentu anak lelaki ini ingin bercinta dan memahami hati dan perasaan wanita.

Oleh yang sedemikian, daripada kecil lah seorang ibu perlu mendidik anak lelaki untuk mempunyai sifat empati. Kerana kebiasaannya seorang bapa mempunyai kurang sifat empati disebabkan terlalu fokus dengan kerja dan mencari rezeki. Dan juga, selalunya ibu yang banyak meluangkan masa dengan anak-anak.

Oleh itu anak lelaki perlu di didik untuk...

1. Menjadi pendengar yang baik dan setia.

Sudah menjadi lumrah lelaki akan mengabaikan segala leteran atau bebelan seorang wanita kerana ia amat membosankan. Jadi, daripada kecil lagi anak lelaki perlu di didik untuk mendengar apa jua kata-kata daripada ibu atau bapanya sendiri.

Malah, ibu juga perlu mendengar segala pendapat dan luahan anak lelakinya juga. Jangan endah sekiranya anak sedang bertanya. Jangan jawab tidak tahu, jika ingin tahu mereka sangat tinggi.

2. Pandai memujuk.

Didiklah anak lelaki untuk pandai mengungkapkan kata-kata Maaf. Malah, didiklah mereka untuk mengaku sebarang kesalahan yang telah dilakukan. Anak lelaki kurang mempunyai sifat empati kerana daripada kecil menjadi terlalu manja, dan segala kesalahan yang dilakukan hanya dibiarkan begitu sahaja.

Sebagai contoh, apabila bergaduh dengan adik-beradik, ibu bapa jangan hanya mendidik untuk anak lelaki untuk mengalah dan menjadi seorang yang sabar sahaja. Tetapi perlu dengan kata-kata Maaf dan pandai memujuk.

Jika hanya menjadi seorang mengalah dan sabar, khuatir apabila besar anak menjadi seorang pendendam.

3. Bijak membuat keputusan.

Sudah sedia maklum, ketika bercinta kaum wanita kadang-kala memang mengharap pergantungan daripada teman lelakinya. Begitu juga selepas berkahwin, ini kerana mind set mereka adalah lelaki itu adalah PEMIMPIN.

Jadi, apa jua yang lelaki lakukan, mereka hanya ikut sahaja walaupun wanita tersebut ada kerja dan pendapatan sendiri.

Maka, anak lelaki perlu di didik untuk pandai membuat keputusan dan mempunyai solusi pada setiap masalah.

Selain daripada itu, anak lelaki juga perlu di didik untuk..

  • Melindungi kaum wanita, bukannya memukul dan mendera.
  • Menjadi imam ketika solat.
  • Menjadi pemimpin.
  • Mampu menghormat orang tua, dan secara tidak langsung akan tahu untuk hormat hati dan perasaan seorang wanita.

Namun, ia bukan sahaja tanggung jawab seorang ibu, sekiranya seorang bapa mempunyai sifat empati yang lebih tinggi daripada ibunya sendiri, amat wajar mendapat didikan yang seimbang. Malah dengan adanya sifat empati, anak lelaki tidak sewenang-wenangnya merendahkan martabat wanita, dan jadikan isteri sebagai hamba atau bibik di rumah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,546 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen