Berurut Ketika & Selepas Kehamilan Bantu Ibu-Ibu Rasa Lebih Cergas Tapi Pastikan Tahu Cara Yang Betul.

 

Urutan badan ini sememangnya sangat mengasyikkan buat sesiapa sahaja. Terutama buat mereka yang letih dengan seharian berkerja serta berdepan dengan detik-detik yang sukar. Di mana urutan ini bukan sahaja mempu memberi kelegaan malah ia juga mampu memberi ketengangan buat mereka yang melakukannya.

Selalunya kita dengar bahawa wanita-wanita selepas bersalin ini digalakkan untuk berpantang dan melakukan urutan tradisional agar tubuh badan kembali segar dan segala tenaga pulih kembali sedia kala. Maklumlah melahirkan anakkan sudah menggunakan tenaga yang banyak.

Sedikit info dari Dr. Zubaidi Hj Ahmad berkenaan kebaikan urutan ketika kehamilan yang dikongsikan oleh Puan Siti Aishah, Kak Bidan.



Khasiat urutan ketika hamil.

1. Mengurangkan kadar kemurungan dan kebimbangan ketika dan selepas kehamilan

2. Mengurangkan masalah sakit kaki dan belakang ketika dan selepas kehamilan.

3. Kadar pengurangan kelahiran anak pra matang

4. Tempoh sakit bersalin yang lebih pendek

5. Membantu mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian sistem muskuloskeletal iaitu sistem rangka, tulang rawan, ligamen, tendon, fascia, bursae, jaringan penyambung dan otot-otot.

6. Urutan ketika hamil.membantu menurunkan kadar kemurungan ibu.

7. Merupakan kaedah yang berkesan dan selamat untuk merawat kesakitan buat ibu ketika hamil

8. Deep tissue massage juga membantu dalam merawat masalah kesakitan belakang di bahagian pinggul dan punggung.

Perlu tahu cara yang betul.

Meskipun sudah banyak kajian dilakukan ke atas khasiat mengurut pada ibu hamil, tetapi terapis urut perlulah tahu teknik mengurut ibu hamil yang betul.

- Tekanan urutan antara lembut, sederhana dan kuat perlu diselaraskan mengikut keadaan pesakit dan kawasan yang sakit

- beberapa kawasan perlu di elakkan dan bahagian mana perlu dilebihkan

- arah urutan perlulah mengikut arah perjalanan darah

Ini demi mengelakkan berlakunya kesan sampingan kepada ibu dan juga bayi

Kekerapan mengurut boleh diselaraskan mengikut frasa trimester. Lagi membesar bayi di dalam kandungan, maka bebanan yang diletakkan pada bahagian abdomen menyebankan ketidakselesaan ibu pada bahagian pinggul, pinggang, ari-ari dan celah peha.

Ibu boleh diurut seawal bulan pertama kehamilan sehinggalah menanti hari untuk melahirkan.

Ibu hamil yang rajin diurut lebih cergas dan sihat. Maka mengurangkan risiko bersalin.

Buat apa nak sakit kalau boleh diurut bukan?

Cuma pastikan minyak yang terapis urut guna bukanlah minyak dari bahan kimia dan bahan sintetik.

Pastikan minyaknya dari bahan organik, dan nak lebih bagus...yang selamat dimakan! Kerana serapa minyak bersifat kimia turut mempengaruhi bayi di dalam kandungan

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,896 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen