“Janganlah Kita Merasa Hebat Bila Berbuat Ketaatan Dan Jangan Merasa Selamat Bila Lihat Diri Dalam Ketaatan..”  -Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki-

 

Pada bulan yang mulia ini, kita memang di galakkan untuk memperbaiki diri dan menjadi seorang yang taat pada Ilahi. Memperbaiki diri untuk merawat rohani dalam jiwa kita sendiri supaya dapat merasakan nikmat sesuatu perkara yang kita lakukan.

Malah, di samping merawat rohani, setiap amalan kita tidak datang daripada peyakit hati seperti yang dikongsikan oleh Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki ini…

********

Ramadhan dan Al-Quran.

Rohani itu perlu diubati. Jika bila mana waktu berbuka, makanan telah terhidang dan kita pandang makanan itu dengan keenakannya, kelazatannya. Dan itulah nikmat waktu berbuka. Seperti mana rohani kita bila mana waktu kita beribadah, kita tidak menemukan kenikmatan dan kelazatan ketika beribadah.

Maka itulah petanda rohani kita perlu diubati dengan istighfarnya, solatnya, memperbanyakkan selawatnya, puasanya, dzikirnya. Sehingga kita dapat merasakan kenikmatan ketika beribadah seolah olah kita mengadap Allah SWT

Mungkin saja, satu kemaksiatan yang dilakukan seseorang, yang menjadikan hatinya bersedih dan kembali kepada Allah SWT, maka itu lebih baik dari berbuat ketaatan tetapi ada takabbur. Maksiat yang membuatkan kita jadi malu, merasa hina, segan dengan orang lain, itu jauh lebih baik dari banyak berbuat ketaatan, yang membuatkan kita jadi ujub dan sombong .

JANGAN MENGHINA PENDOSA.

Antara penyakit hati dalam amalan kita adalah Jangan menghina pendosa. Bencilah maksiat tetapi janganlah membenci pelaku maksiat. Janganlah jua kita merasa hebat bila berbuat ketaatan dan Jangan merasa selamat bila lihat diri dalam ketaatan.

JANGAN PUTUS ASA DARI MOHON KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH SWT.

Hendaklah Sentiasa bersangka baik. Sentiasa melihat aib diri sendiri. Dan Sentiasa tanam sifat malu kepada Allah SWT. Didalam bulan ramadhan ini hendaklah kita melipat gandakan amalan kita kerana banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT didalam bulan ini.

JANGAN PERNAH BERHENTI MEMOHON TAUFIQ DAN HIDAYAH

Hendaklah kita Sentiasa memohon taufiq dan hidayah kepada Allah supaya diberikan cinta kepada Ketaatan. Jika kita berbuat ketaatan lihat permulaannya siapa yang memberi kita taufiq dan hidayah untuk berbuat ketaatan itu Yakni Allah SWT. Kalau melakukan maksiat, lihat penghujungnya, apakah nasib kita di alam akhirat, azab yang kita bakal hadapi jika melakukan maksiat, dosa dan kesalahan tersebut.

DEKATKAN DIRI PADA ILAHI DAN BACALAH AL-QUR’AN SETIAP HARI.

Bulan puasa adalah bulan Al-Quran, banyakkan membacanya. Antara kelebihan puasa. Barangsiapa yang berpuasa di jalan Allah SWT, maka dijauhkan dirinya daripada api neraka. Macam mana kita mahu istiqomah didalam beribadat.

Sama juga istiqomah didalam kita makan. Kita makan nasi minum air untuk jasmani. Untuk jasmani, untuk kesihatan. Sama juga beribadat adalah untuk rohani kita sendiri. Barulah kita merasakan kelazatan ibadah. Moga-moga puasa Ramadhan dan bacaan al-Quran kita mampu memberi syafaat pada kita dihari akhirat kelak.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,617 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen