Cikgu Ini Kongsi, Demam Beyblade Boleh Bantu Anak-Anak Yang Ketagihan Gajet.

 

Musim Beyblade kini kembali lagi, kalau satu ketika dahulu musim Beyblade pernah menyeronokkan zaman kanak-kanak kita dahulu, tetapi kini ia muncul kembali dengan lebih moden. Sudah pasti rata-rata anak-anak anda sedang berlumba-lumba mencari Beyblade terbaik untuk mereka main bukan?

Dijual di hadapan ruangan kedai, permainan Beyblade ini pasti sangat mengimbau kenangan buat kita tapi kini ia memberi keseronokkan pula kepada anak-anak yang sedang membesar.

Menurut Cikgu Ashikin Hashim, permainan Beyblade ini sebenarnya membantu anak-anak untuk tidak mengalami ketagihan telefon bimbit. Mari lihat perkongsiannya.



Beyblade VS Handphone

DEMAM beyblade sedang melanda anak-anak kita. Dulu kita pernah merasa demam spinner tapi tak lah sehebat demam beyblade ini saya kira.

Teringat pula kenangan kita dulu-dulu, main ceper, batu seremban, galah panjang, teng teng dan sebagainya. Saya kira tak salah kita meraikan anak-anak kita untuk bermain berbeyblade.

Anak-anak saya tidak terlepas dari ‘demam’ ini termasuk anak perempuan saya.

Daripada pemerhatian saya, beyblade telah memberikan pengalaman yang baru dan positif terhadap anak-anak. Berikut adalah pendapat saya.

1. Beyblade melatih anak-anak mengasah skil motor halusnya kerana anak perlu memutar, memasukkan, menarik, menyambung dan sebagainya. Jadi tangannya serta jarinya bekerja. Otot-otot serta sendinya bekerja. Ini bagus berbanding hanya memegang handphone yang tiada banyak pergerakan.

2. Beyblade melatih koordinasi mata dan fokusnya. Anak fokus ketika memasang. Fokus ketika beyblade berpusing.

3. Beyblade meningkatkan skil komunikasi dan bahasanya. Anak akan cenderung untuk bermain bersama orang lain. Dan akan berlakulah komunikasi dua hala. Kosa kata anak akan meningkat dan bahasanya juga akan lebih diperkaya lagi.

4. Beyblade membantu anak bersosial dengan orang lain. Berlainan dengan bermain handphone, anak lebih suka bersendirian dan tidak suka diganggu.

5. Beyblade mengeratkan lagi hubungan kita dengan anak-anak dan di kalangan adik beradik.

Sebagai tambahan, ibu bapa boleh mendidik anak untuk menabung sekiranya mereka suka mengumpul beyblade. Dan sekarang sudah ada tournament serta pertandingan beyblade, boleh latih anak untuk yakin diri.

Kesimpulannya Beyblade membantu juga anak-anak yang ketagihan gajet.

Namun ibu bapa kena juga pantau dari segi disiplin masa untuk solat dan adab ketika bermain dengan kawan-kawan.

Selamat ber’beyblade’

Ashikin Hashim
Cikgu Tadika Anak Anda

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,838 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen