"Sanggup Beli Makanan Pada Siang Hari Ketika Bulan Puasa Sebab Tak Mahu Anak Kelaparan" Yana Samsudin Kongsi Kisah Lucunya.

 

Pasti ramai dikalangan golongan ibu akan mengalami situasi begini, kan?

Anak-anak kecil merintih haus dan lapar ketika membeli belah di shopping mall, kemudian menarik tangan kita untuk makan di restoran tersebut, walhal ketika itu pada bulan puasa (Ramadhan).

Bagaimana anda sebagai golongan ibu, menangani masalah sebegini?

Tidak kisah ke restoran tersebut membeli makanan untuk anak-anak, sambil makan di restoran tersebut. Ataupun bungkus bawa pulang ke rumah sahaja? Semuanya terpulang pada setiap individu.

Seperti yang dikongsikan oleh pelakon, Yana Samsudin, beliau juga menghadapi situasi sebegini dengan anaknya Mateen…

********

yanasamsudin

Tahu tak perasaan jam jam gini kalau kita kat luar tetiba anak minta air! Hahaha !

Dulu dulu segan juga nak order air untuk anak. Tak kisahlah drive thru ke apa ke.. .

Ingat lagi 1st time order drive thru tengah bulan puasa untuk @aisymateen. Sanggup sebut bubur ayam satu untuk anak. kahkah.. .

Agaknya kisah ke si pengambik order tu? Hahaha . .

Tapi lama lama biasa dah. Dah 2 tahun pengalaman kan.. kalau kita malu anak kita yang kebulur dan haus nanti. Ye lah kat luar nak masak apa pulak sembunyi sembunyi kan? .

So kesimpulan nya . Kerana anak mak ayah sanggup buat apa sahaja. Asalkan tak kelaparan.. sayangggg dieee.

Kira ada lesen beso lah bila ada anak boleh beli makanan di siang hari! Hahaha .

Korang pulak macam mana? Ada tak orang usha pelikkkk je bila beli makanan siang hari bulan puasa? .

Korang jangan ngade ngade kirim makanan kat yana pulak eaaaaa .. mentang mentang yana ada lesen beso.. hahaaha

********

Kalau ada anak kecil, tidak mengapa sekiranya pergi ke restoran pada siang hari. Tetapi bagi kaum muslimah yang masih bujang dan uzur pula, jangan terang-terangan membeli makanan di restoran pada tengah hari, takut timbul fitnah pula.

Kita sendiri tahu yang kita uzur, tetapi orang yang melihat tidak tahu keadaan sebenar kita.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,397 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen