Sempurna Setiap Sudut Belum tentu Bahagia, Ini Tanda-Tanda Keluarga Toksik.

 

Orang kata di luarnya indah belum tentu di dalamnya kelihatan indah juga. Boleh jadi ianya adalah sekadar anggapan kita dan bukan seperti yang dirasai oleh mereka yang mengalaminya.

Membina sebuah keluarga bahagia ini tidak perlu memiliki segala harta benda atau cukup serba serbi, tetapi bagaimana kita bersyukur dengan apa yang ada serta masa yang terluang untuk keluarga itu sebenarnya membantu untuk timbulkan rasa bahagia.

Jika kita tinggal di rumah banglo 7 tingkat sekali pun tapi kalau kita dan ahli keluarga kita ini merupakan keluarga toksik pun tak guna juga, rasa bahagia itu memang tidak dapat dirasailah jawapnya.

Nak tahu macam mana sebuah keluarga toksik ini? jom kita baca perkongsian dari saudara Akhtar Syamir ini.



Tanda-Tanda Keluarga Toksik.

Apakah maksud keluarga yang toksik? Mudah sahaja. Keluarga itu dari zahirnya nampak seperti menggambarkan keluarga yang bahagia. Tetapi jika dilihat dengan lebih mendalam, keluarga itu sebenarnya semakin lama semakin beracun dan toksik.




1. Selalu pergi bercuti tetapi seringkali bergaduh. Sama ada dalam kereta semasa dalam perjalanan pergi atau pulang. Ada juga yang sentiasa memarahi anak-anak ketika dalam tempoh percutian. Ada yang sentiasa menghadap telefon dengan game dan malas untuk ke sana sini. Bercuti katanya untuk rehat dan menghadap telefon.

2. Memakai kereta hebat tetapi kereta itu selalu menjadi punca pertengkaran. Si suami sering marah anak-anak kerana kotorkan kereta. Si isteri sering dimarahi kerana tidak menjaga kereta dengan baik apabila digunakan. Si suami pula sering dituduh bawa perempuan lain kerana baginya kereta hebat ini mudah untuk jadikan sebab untuk curang.

3. Solat tak tinggal tetapi tidak berjemaah. Tiada perasaan untuk berjemaah dengan pasangan dan anak-anak. Cukup berpuas hati dengan sekadar sudah solat. Sedangkan banyak ketika tiada kekangan masa pun. Tetapi seringkali ayat "solatlah dulu" digunakan.

4. Rumah yang besar selesa tetapi sunyi. Semua buat hal masing-masing. Suami dengan kerja di laptop. Isteri dengan bisnes di whatsapp. Si kakak dengan gadjet dan adik dengan Beyblade. Keluarga itu satu institusi tetapi telah menjadi pecahan individu.

5. Tempoh perkahwinan yang lama tetapi tidak mesra. Usia perkahwinan sudah menjangkau 20 tahun tetapi masih tidak suka bertolak ansur. Masih tidak memahami pasangan. Masih susah untuk dibawa berbincang. Lebih mesra dengan kawan-kawan berbanding pasangan.

6. Sayang menyayangi tetapi cemburu yang melampau. Pasangan sentiasa mencari kesalahan. Ada sahaja yang tidak kena. Sehingga tahap yang melemaskan dan seperti tidak boleh bergerak. Si suami nak keluar mencari rezeki pun jadi satu pergaduhan. Pasti ada amaran, perli dan amarah. Segala yang dibuat bagaikan tidak kena. Cemburu kerana sayang itu lain sebenarnya, cemburu kerana obses dan buruk sangka itu pula lain kategorinya.

7. Balas membalas perbuatan pasangan. Jika kamu boleh curang, aku pun boleh buat katanya. Akhirnya, apa sahaja yang tinggal dari ikatan perkahwinan? Sekadar sijil sahaja.

8. Sentiasa bercakap buruk terhadap mertua dan keluarga ipar. Walaupun sudah berkahwin, perlu hormati pasangan apabila bercakap mengenai keluarganya sendiri. Jangan dijadikan tabiat mengutuk dan memburukkan keluarga pasangan dan yang paling teruk, ianya digunakan apabila bertengkar. Ditambah pula apabila ianya datang dari kedua-dua suami dan isteri. Yang ini kutuk family isteri, yang isterinya perli keluarga suami. Post Facebook pun boleh jadi gaduh. Akhirnya, semua pakat block.

9. Keluarga yang setiap seorangnya tidak senang dengan keluarga lain. Jika kenalannya pakai kereta baru, dikutuknya. Jika ada yang berjaya, dikejinya. Apatah lagi bila ada yang gagal, tersenyum sinis suami isteri tanda seronok sambil mengumpat. Sampaikan anak-anak pun terikut membanding-banding segala benda di sekolah dengan kawan.

10. Tidak mahu terima kekurangan diri dan ahli keluarga. Isteri dia sahaja yang betul. Suami dia sahaja yang hebat. Anak dia sahaja yang tak nakal. Dia sahaja yang tahu mendidik keluarga. Orang lain jangan masuk campur. Bila ditegur Cikgu, mengamuk. Bila dinasihat oleh sahabat, dimakinya pula. Ilmu kurang, tapi tak nak belajar perbaiki keluarga.

Tanda-tanda ini semua mungkin tak beri kesan jangkamasa pendek. Tetapi pastinya ia akan semakin lama semakin merosakkan. Itulah dia keluarga toksik. Keluarga yang toksik juga boleh mempengaruhi keluarga yang lain jika ianya tidak dibendung.

Semoga kita dijauhkan dari masalah ini. Jika ada tanda-tanda ini dalam keluarga kita, ubahlah bersama satu per satu. Semuanya pasti memakan masa. Jangan terburu-buru dan jangan pandang ringan mengenai hal ini.

Kongsikan maklumat ini kepada ramai orang supaya lebih banyak keluarga yang berkualiti dalam dihasilkan.

Korang ada tanda-tanda awal Keluarga Toksik? Kita ubah bersama ye.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,580 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen