"Orang Perempuan Ini Kuat, Balik Kerja Penat Pun Masih Lagi Mampu Merangkak Siapkan Juadah Untuk Berbuka."

 

Dalam bulan puasa ini, pelbagai ragam yang boleh dilihat dan diperhatikan. Baik ketika di bazar Ramadhan, waktu berbuka serta ketika bertarawih. Tapi buat suami isteri, masing-masing boleh lihat ragam pasangan masing-masing ketika berpuasa.

Ada yang kelakar dan mencuit hati bahkan ada juga yang mungkin mendatangkan sakit hati.

Menurut perkongsian Puan Rohamiah Muda, dalam bulan puasa ini terdapat dua golongan iaitu mereka yang kuat serta mereka yang lemah. Siapa dua golongan ini? mari ikuti perkongsian darinya.



Seronok saya ketika mendengar ceramah Ustazah Asma' Harun tentang berpuasa antara suami dan isteri.

Katanya, "Orang perempuan (isteri) ni adalah golongan yang kuat. Dah lah penat balik kerja, 'merangkak' pula ke dapur untuk memasak dan siapkan juadah berbuka puasa."

Saya bayangkan perkataan 'merangkak' seolah-olah terlalu penat. Benar juga, kan.

Sambung ustazah, "Golongan lemah pula, berehat di sofa. Siapa tu golongan lemah?"

Saya ketawa sendiri, dan saya terus menjawab seorang diri, "Itulah golongan suami!"

Dan, itulah juga jawapan ustazah. Suamilah golongan lemah itu. Balik kerja terbaring di sofa sambil melihat telefon atau terlelap. Seperti dia seorang yang berpuasa.

Namun, jika ada 'suami lemah' seperti itu, golongan isteri jangan rasa sakit hati. Sebenarnya, itulah kelebihan yang Allah beri kepada para ibu dan isteri. Jiwa mereka sangat kental. Tenaganya sangat kuat.

Ibu dan isteri adalah gelaran istimewa yang Allah beri. Mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk orang yang disayangi.

Walaupun tidak pernah ada ungkapan terima kasih daripada suami dan anak-anak, mereka tetap seronok melihat orang tersayang menikmati juadah yang disediakan daripada air tangannya sendiri.

Itu sudah cukup bagi seorang isteri dan ibu. Rasa puas!

Bahkan, ibu atau isteri rasa sangat kecewa dan sedih jika masakannya tidak dimakan oleh ahli keluarga.

Betul, kan?

Itu belum cerita lagi tentang kerisauan seorang ibu atau isteri jika tidak terjaga ketika sahur.

Saya pernah juga terbabas ketika sahur. Rasa bersalah menghantui jiwa sepanjang hari. Rasa kasihan kepada anak-anak yang tidak berdaya untuk teruskan puasa.

Dahsyat kan jiwa seorang ibu dan isteri. Tanpa mereka dalam keluarga, pasti keluarga terasa sepi.

Anak-anak yang masih ada ibu, hargailah dia.

Suami-suami yang masih ada isteri, sanjunglah dia.

Wanita walaupun nampak lemah, tapi jiwanya sangat kuat dan tabah.

Rohamiah Muda
Sentiasa mencari redha-Nya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,470 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen