Pandangan Mata Wanita Lebih Luas Berbanding Orang Lelaki? Patutlah Cari Barang Selalu Tidak Jumpa.

 

Lelaki dan wanita ini memang banyak perbezaannya, bukan sekadar buah fikiran dan pendapat sahaja tetapi dari segi pendegaran mahupun penglihatan juga jauh bezanya. Kadang kala apa yang lelaki faham tidak akan sama dengan apa yang wanita faham begitu juga apa yang wanita nampak belum tentu lelaki nampak.

Haa, sebab itulah lelaki perempuan ini saling melengkapi dalam hidup.

Menurut perkongsian Puan Siti Suryani Yaakop, perbezaan pandangan lelaki dan perempuan ini bukan pada biji matanya tetapi lebih kepada keluasan darjah pandangan matanya.



Lagi fakta mengenai lelaki VS wanita.

Kali ni nak cerita tentang darjah luasnya pandangan mata.

Biji mata perempuan dan lelaki ni sama, 2 biji. Takda beza.

Yang bezanya, jarak luas pandangan masing-masing.

Orang perempuan ni dapat tengok sehingga 90 darjah.

Orang lelaki pula cuma boleh memandang sehingga 45 darjah.

Sebab itu kalau suruh cari barang, semedang orang lelaki tak jumpa.

Sebab tu tak boleh bising-bising nak kata, "Awak duduk sini tak rimas ke tengok anak main bedak tepi sana?"

Bukan dia tak jumpa.

Bukan dia tak prihatin.

Mungkin memang dia tak nampak!

Pasal anak tu dah duduk diluar darjah penglihatan dia. Mungkin masa tu anak tu sedang bermain dalam 50 darjah radius ke utara barat laut.

Yang perempuan pula, bila biji mata dia boleh nampak sebegitu punya luas....

Kalau dia dah siap menyapu pun, baru sedang tenang-tenang nak duduk pun, dia masih boleh nampak ada 2 butir pasir yang tak berjaya dikaut masuk ke dalam godek sampah dalam skala 80 darjah ke timur barat daya.

Maka, hati dia memang tak tenang selagi dia tak bangun sapu semula. Dua butir pasir itu mengganggu benar.

Kejap-kejap dia kilas. Kejap-kejap dia toleh. Terlihatkan dua butir pasir itu seperti sedang melambai-lambai dan mengejek-ngejek kerana mereka terlepas dari menjadi mangsa libasan sang penyapu.

Namun begitu,

Adalah ketikanya mata lelaki boleh jadi lebih hebat dari wanita pun.

Bukan setakat 90 darjah, boleh jadi 180. Malah 360 juga.

Wow!

Masa bila?

Bila dia nampak perempuan hot-hot sehot bara api melintas.
Ha...

Fakta yang ni aku tambah.
Melalui pemerhatian mata 90 darjah aku.
Kahkah

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,591 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen