“Untuk Memimpin Isteri, Suami Seharusnya ‘Serba Boleh’ Untuk Menjadi Ketua Keluarga..”

 

Suami adalah ketua keluarga.

Isteri pula adalah seorang pembantu kepada suami.

Sebab itu disebalik kejayaan seorang suami, adanya isteri yang sedia membantu dan memberi sokongan. Penentu kejayaan sebuah hubungan kekeluargaan, adalah daripada kejayaan suami seperti yang dikongsikan oleh saudara Mohd Fhais ini…

********

Kejayaan sebuah keluarga tak melihat pada kegagalan isteri. Sebaliknya kejayaan suami penentu kejayaan keluarga.

Isteri tak pandai masak, tak sopan santun atau tak pandai jaga anak bukan isunya. Ini hanya alasan yang di cipta untuk melempiaskan ketidakpuasan hati bila apa yang di harapkan tak tercapai.

Image result for suami imam solat

Suami adalah imam kepada isterinya. Bukan sahaja memimpin isteri dalam solat tapi dalam segala hal.

1 - Sebagai mana suami ada hak pada isteri begitu juga isteri ada hak pada suami. Jika suami dapat melaksanakan hak isteri sebaik mungkin, pasti isteri pun akan laksanakan hak suami sebaik mungkin. Jika suami culas tentang hak isteri maka isteri pun akan begitu.

2 - Tanggungjawab suami sediakan segala keperluan fizikal dan material. Tempat tinggal, makan minum, pakaian, sakit demam isteri, ini keperluan asas. Mewah atau tidak tak mengapa asalkan usaha untuk menyediakan itu ada.

3 - Tugas suami untuk mendidik isteri tentang adab dan akhlak. Sentiasa memimpin isteri tentang solat, fardu ain, rukun islam, rukun iman dan lain-lain. Oleh sebab inilah, suami kena sentiasa lebih baik dari isteri dalam bab adab dan akhlak.

4 - Wanita adalah makhluk yang istimewa. Kekuatan dan kelemahan mereka terletak di emosi. Jika baik emosi mereka maka baik la yang dipersembahkan, begitu juga sebaliknya.

5 - Seperti perut perlu di isi setiap hari, sama juga dengan emosi. Setiap hari emosi isteri perlu di "refill & recharge" dengan kasih sayang. Jadilah pendengar setia, beri sentuhan mesra dan bahagiakan isteri setiap hari supaya emosi mereka tak kering.

6 - Ketika isteri sedang lakukan kerja rumah, suami jangan melepak sahaja. Sebaiknya bantu memudahkan kerja tersebut. Bukan sahaja dapat bantu isteri malah suami dapat menunjukkan teladan yang baik yang boleh di ikuti oleh anak-anak dan isteri.

Suami mestilah seorang yang "serba boleh" kerana sebagai pemimpin keluarga banyak keperluan yang perlu disediakan, banyak ragam yang perlu di layan dan banyak dugaan yang perlu di tempuh.

Serba boleh bukan bermaksud suami kena jadi hebat atau berharta. Serba boleh maksud di sini ialah si suami boleh jadi lembut, kasar, tegas, dan penyayang bila situasi memerlukan. Tak perlu mahir, asalkan "kesabaran" dan "usaha" itu ada dah cukup kerana 2 benda ini percuma setiap orang mampu berikan.

Wallahu a'lam..

Keluarga jadi keutamaan yang lain-lain akan ikut dengan sendiri.

********

Semoga Bermanfaat Dan Lahirkan Lah Keluarga Yang Berjaya!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,620 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen