Tidak Semua Hubungan Itu Sempurna Dari Pelbagai Sudut, Kadang Lebih Pada Harta Kurang Pada Masa Pula.

 

Sesiapa sahaja pasti pernah mengalami perasaan sebegini, di mana timbul rasa cemburu atau iri terhadap kelebihan atau keuntungan orang lain. Bahkan ada juga yang merasakan hidupnya tidak bahagia dan kekurangan kerana tidak seperti orang yang dilihatnya itu.

Pasti ramai sahaja yang pernah mengalami perkara ini.

Cuba kita bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang ini. Kadang kala orang yang kita liat bahagia dan dicukupi segalanya itu ingin duduk di tempat kita, sedangkan kita tidak bersyukur dengan yang ada. Sedikit nukilan buat isteri-isteri diluar sana dari Firdaus Shakirin ini ada banyak betulnya.

Bersyukurlah dengan apa yang telah disedaikan suami anda buat anda.



Untuk kaum hawa yang akan atau dah bergelar isteri, jangan bandingkan hidup anda dengan kawan-kawan anda...

Ada kawan anda, suaminya mampu menyediakan dia rumah mewah, kereta besar, mampu membawanya bercuti di luar negara, mampu belikan dia barang-barang berjenama...jangan jeles, jangan iri hati, jangan dengki kerana mungkin suaminya jarang ada masa dengannya, sibuk dengan urusan kerja, outstation sana sini...dia sunyi di rumah, apa yang dia rasa suaminya tak pernah ambil peduli, kerja rumah smua dibuatnya sendiri dan disebalik kemewahan yang dia ada tu, dia tak gembira dan tak bahagia dengan hidupnya...

Ada kawan anda, suaminya hanya mampu menyediakan dia rumah kos rendah dan kereta kecil, hanya mampu membawanya bercuti di dalam negara, hanya mampu belikan dia barang-barang biasa. Jangan kesian, jangan simpati, jangan pandang rendah pada dia, kerana mungkin suaminya selalu ada dirumah, selalu ambik tahu akan perasaannya, selalu menolongnya melakukan kerja-kerja rumah dan disebalik kesederhanaan yang dia ada tu, dia gembira dan bahagia dengan hidupnya...

Ada kawan anda, suaminya itu nikmat untuknya, dan ada pulak kawan anda, suaminya itu ujian terbesar dalam hidupnya...

Sebab tu dalam hidup kita ni, Allah tak bagi kita semuanya sempurna dari setiap sudut, Allah tak bagi kita segala-galanya...bila Allah bagi lebih diharta, maka kurang pada masa...bila Allah bagi lebih pada masa, maka kurang pada harta...

Jadi, anda bekerja atau tidak, anda duduk rumah mewah atau sederhana, anda bercuti di luar negara atau di dalam negara, anda pakai pakaian jenama atau biasa, bila anda dah berkahwin, gaya hidup anda hanyalah mengikut kemampuan suami anda...kalau hanya itu yang mampu ditunaikannya, diberikan oleh suami anda, maka bersyukurlah dan ucapkanlah alhamdulillah & terima kasih...

Kurang di satu tempat, lebih di tempat yang lain...jangan bandingkan hidup anda dengan kawan-kawan yang lain, semuanya atas REZEKI masing-masing...

p/s: Harus diingatkan, tak semua yang indah itu indah, kerana kita hanya nampak apa yang mereka ada, dan bukan apa yang mereka rasa...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,757 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen