“Perkahwinan Itu Bukan Satu Perjudian, Tetapi Satu Pelaburan..” –Azizul Azli Ahmad-

 

Menurut Islam, perkahwinan itu adalah sunnah.

Pandangan masyarakat melayu pula mengatakan perkahwinan itu adalah satu perjudian. Salah pilih, akan sentiasa bernasib malang dalam rumah tangga.

Tetapi bagaimana pula perkahwinan itu boleh dianggap satu pelaburan?

Berikut perkongsian oleh saudara Azizul Azli Ahmad

********

Image may contain: 1 person, smiling, suit, eyeglasses and indoor

Kahwin Itu Perjudian?

1. Kahwin itu bukan perjudian kawan, ia menjadi perjudian bila kita kahwin tanpa ilmu pengetahuan . Ia pelaburan.

2. Jangan kahwin dan serah bulat bulat pada suami. Zaman ini siapa ada ilmu dia akan dilindungi.

3. Beli sebuah kediaman sebagai perlindungan kewangan, jika suami buat perangai kita ada kediaman untuk tinggal.

4. Bila suami dah beli kediaman, minta dia sediakan hibah bersyarat. Jika meninggal rumah itu anak isteri yang dapat.

5. Jangan biarkan suami dera mental dan fizikal kita jika berlaku laporkan segera. Buat keputusan dan jangan hidup dalam nostalgia penuh cinta. "Tak mengapalah dia dera, nanti dia akan insaf juga".

6. Perkahwinan boleh jadi pelaburan yang baik jika kita dapat suami yang baik dan kita ada ilmu pengetahuan yang tinggi.

7. Jika suami punca pendapatan utama keluarga, minta dia ambil takaful perlindungan pendapatan sebagai keutamaan. Tak ada medikal kad pun tak apa, janji ada perlindungan pendapatan ini.

8. Bina aset dunia dan akhirat bersama suami isteri, rancang masa depan dan simpanan keluarga kita. Apa wawasan rumah tangga ini.

9. Jika calon suami tak minat dengan semua wawasan ini, ada peluang kita cipta rumah tangga yang tiada wawasan kewangan yang baik atau bakal hidup dengan sengsara.

Kita sedang 'berjudi' dengan harapan calon suami jadi baik bila dah nikah nanti.

10. Jangan anggap kahwin itu berjudi, ia boleh jadi pelaburan pahala dan harta yang baik jika kita boleh uruskan sendiri.

11. Jangan terdesak kahwin sebab umur dah meningkat dan takut umpatan makcik bawang melekat ditelinga. Kahwin untuk selamanya bukan untuk tutup mulut orang agar tak cop kita Andalusia!

12. Jika jodoh belum jumpa, jalanlah keliling dunia dan mengembaralah lihat ciptaan yang Maha Esa, mungkin jodoh kita dengan lelaki Korea!

Zaman mengharapkan suami sepenuhnya macam zaman opah opah kita dah berlalu kawan.

********

Perkahwinan Itu Adalah Penyatuan Dua Jiwa. Berkahwinlah Untuk Mendapat Barakah Allah SWT!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 375,109 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen