6 Cara Elak Mulut Berbau Di Bulan Ramadan.

 

Bukan-bulan puasa ini pasti ramai yang kurang bercakap malah kalau nak bercakap pun rasa kurang keyakinan sahaja. Mana tidaknya, rasa tidak yakin kerana mulut berbau ini sememangnya agak memalukan sesiapa pun tetapi buat mulut berbau kerana puasa ini baunya lebih baik di sisi Allah di akhirat kelak.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قال النبي صلى الله عليه وسلم: وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
Dari Abu Hurairah, Bersabda Nabi SAW: Demi diriku berada ditangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau kasturi. HR Bukhari No: 1771

Namun begitu, ada sahaja cara untuk atasi masalah ini. Berikut adalah tips atasi bau mulut ketika berpuasa yang dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan.



1. Minum air secukupnya

Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.

2. Elakkan minum kopi atau teh di waktu sahur

Kopi dan teh adalah sejenis diuretik, iaitu bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.

3. Kurangkan Bercakap

Kurangkan makan bawang dan membawang. Bawang putih dan merah adalah antara makanan yang boleh buat nafas berbau. Manakala, terlalu banyak bercakap(membawang) pula boleh menyebabkan kelembapan mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi kering dan berbau.

4. Makan karbohidrat secukupnya

Ada sesetengah orang cuba untuk mengurangkan berat badan secara intensif semasa bulan Ramadan. Mereka berpuasa dan tidak mengambil karbohidrat dan gula, dan ini memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis. Keadaan ini menghasilkan ketones yang menyebabkan nafas berbau. Jadi, makanlah juga karbohidrat sikit ya!.

5. Gosok gigi dan bersihkan lidah

Antara penyumbang mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Oleh itu, jangan lupa gosok gigi sebelum tidur dan selepas sahur. Gunakan juga floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi dan bersihkan lidah dengan memberusnya. Boleh juga guna larutan pembersih mulut.

6. Pastikan tiada masalah mulut dan hidung

Jika semua cara di atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau, anda hendaklah berjumpa dengan doktor. Masalah pada hidung, sinus, gigi, gusi atau tonsil juga boleh menyebabkan mulut berbau. Biar doktor periksa ya!
Berpesan-pesanlah pada kebaikan, dan selamat menjalankan ibadah puasa!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Medtweetmy (Medical Tweet Malaysia)

Jemput follow jika ingin dapatkan informasi kesihatan yang sahih!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,407 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen