“Sebagai Ibu Bapa Perlu Biarkan Anak Lelaki Dan Isterinya Duduk Asing Dan Berdikari..” Antara Nasihat Yang Perlu Dipertimbangkan.

 

Menjadi seorang ibu, pasti sukar untuk berpisah dengan anaknya sendiri. Ramai sahaja dari golongan ibu bapa sukar untuk membuat keputusan apabila anak mula mahu bersekolah asrama penuh, duduk berjauhan, malah ketika dewasa mahu bekerja di perantauan pula.

Apa yang lagi menyedihkan ketika berkahwin juga, anak lelaki mahu duduk asing bersama pasangan.

Ia sebenarnya bukan menjadi satu masalah, sekiranya para ibu mengetahui bahawa dengan keputusan sebegini akan melahirkan anak lelaki yang berdikari dan bertanggung jawab.

Saudara Firdaus Shakirin juga telah berkongsi anak lelaki yang sudah berkahwin sepatutnya perlu keluar rumah dan duduk asing bersama pasangannya sendiri...

********

Perkahwinan merupakan satu alam baru bagi mereka yang memilih untuk menamatkan zaman bujang mereka. Perkahwinan datang dengan tanggungjawab yang perlu dipenuhi dan dilaksanakan oleh si suami dan juga si isteri...

Sebagai ibu bapa, kita perlu biar anak dan pasangannya hidup sendiri, biar anak dan pasangannya bina kehidupan mereka, biar anak dan pasangannya bersusah-susah dahulu, biar mereka atur kehidupan mereka sendiri, satu persatu...

Bagaimana mereka inginkan rumahtangga mereka jadi?

Jangan sebab alasan kos hidup tinggi, gaji anak sikit, dia tak pernah berenggang dengan kita, semua serba serbi ibu bapa yang sediakan kat dia, kita jadi kesian kat anak, kita "simpan" dia dlm rumah kita, kita tanggung dia dan pasangannya...sampai bila kita mampu buat macam tu?

He need to face the facts that now he is on his own...

Itu adalah cabaran yang dia perlu tempuhi dan hadapi bila dia memilih untuk mendirikan rumahtangga. Dia perlu berfikir akan smua itu dahulu sebelum dia berkahwin, dia perlu ada perancangan akan bagaimana dia ingin hidup bersama pasangannya selepas berkahwin...

Dia bakal menjadi seorang ketua keluarga, seorang suami, seorang ayah dan dia perlu merancang masa depannya. Perkahwinan bukannya satu perkara yang boleh dibuat main-main atau suka-suka...

Image may contain: one or more people, people sitting and outdoor

Dia kena bertanggungjawab terhadap orang yang dikahwininya...

Biar dia tinggal dalam rumah sewa yang kecil…

Biar dia naik motor dengan pasangannya ke tempat kerja…

Biar dia tak ada kereta, biar dia kena hujan…

Biar dia makan dan pakai apa yang ada…

Biar dia rasa apa itu pokai, apa itu "tengah bulan", biar dia "ikat perut"…

Biar dia susah bersama pasangannya supaya dia tahu, bukan senang utk melayari hidup berumahtangga, supaya dia tahu untuk bersyukur akan apa yang dia dah ada dan dapat selama ini...

Supaya dia tahu untuk lebih menghargai siapa yang ada bersamanya ketika dia susah, ketika dia baru nak membina kehidupannya...

Dia perlu belajar berdikari dan bertanggungjawab agar dia mampu membina keluarga yang bahagia dan mengatur masa depannya dengan lebih baik...

Kita sebagai ibubapa dah membesarkannya selama 20 tahun, 25 tahun, 30 tahun dengan cukup-cukup baik.

Maka sekarang, masa untuk melihat hasilnya...

********

Berpisah Bukan Untuk Melupakan, Tetapi Berpisah Untuk Memautkan Hati Yang Berjauhan!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,541 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen