“Suami Dan Isteri, Rebutlah Peluang Untuk Siapkan Juadah Ketika Sahur Juga Pada Bulan Ramadhan Ini.” –Ustaz Ebit Lew-

 

Ramai dikalangan kita yang mampu untuk menyediakan juadah ketika berbuka puasa, tetapi berapa ramai yang mampu sediakan juadah ketika bersahur? Terutamanya pada mereka yang sudah berkeluarga.

Sudah menjadi kebiasaan, pasti para isteri yang akan menyediakan juadah tiadak kira berbuka puasa dan sahur. Jadi, bagaimana dengan para suami pula? Berebutlah peluang untuk mendapat pahala ketika menyediakan juadah sahur juga.

Suami isteri sepatutnya berlumba-lumba untuk berebut pahala ini seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit lew

********

Image may contain: 1 person, kitchen, food and indoor

Paling best balik jauh bila dapat masak untuk bidadari dan anak-anak. Walau jarang sangat. Dapat makan sama-sama. Bersepah dapur ayah masak. Anak-anak berlari makan dekat saya. Nikmatnya bila dapat beri masa bersama bidadari dan anak-anak. Suap bidadari dan anak-anak

Ramadhan berapa hari jer lagi indahnya jika kita bawa keluarga dekat pada Allah.Sejuk Ramadhan dah makin terasa. Bulan bahagia kasih sayang, belas kasihan, hati lembut, doa sangat makbul, dosa diampunkan. Solat awal waktu, tarawih,qiamulail,baca AlQuran, buat Talim. Kasihan semua mak-mak dah siap menu sepanjang Ramadhan demi suami dan anak-anak

Orang yang menyediakan sahur dan berbuka puasa teramatlah besar nilainya di sisi Allah. Kita dapat pahala macam orang yang berpuasa. Bergilir-gilirlah dan saling membantu dalam khidmat buat ahli keluarga dan juga orang lain.

Jamu orang miskin dan anak yatim. Teringat Saidina Umar ra khalifah mulia bawa guni barang dapur dan masak untuk sebuah keluarga miskin tengah malam atas bukit dalam khemah. Hidupkan api sampai janggut dan wajahnya kena asap.

Layan dan lihat anak mereka bermain. Katanya melihat anak ini tadi menangis lapar buat rasa sedih dan melihat mereka bermain kekenyangan buat rasa bahagia.

Ayuhlah kita bantu isteri atau anak-anak bantulah ibu. Sekali sekala buat giliran yang dewasa siapkan sahur dan berbuka. Atau sama-sama buat dengan kasih sayang dan cinta. Bulan penuh rahmat dan keampunan Allah.

Orang yang paling untuk orang khidmat. Semua orang yang puasa, solat, baca al-Quran, zikir dan semua kebaikan mereka dapat pahala. Tetapi orang yang khidmat menyediakan sahur dan berbuka buat mereka paling besar pahala. Dia dapat kebaikan puasa dan semua amal ahli keluarga.

Berebut-rebutlah siapkan juadah sahur dan berbuka buat seramai mungkin kerana Allah. Semoga Allah sayang kita semua.

********

Semoga Bermanfaat dan Diberi Inspirasi Dalam Berumah Tangga Ketika Ramadhan Yang Mulia Ini!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,708 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen