10 Ciri-Ciri Bakal Ibu Mertua Yang Disenangi Oleh Anak Menantu Lelaki, Tapi Jangan Ambil Kesempatan Pula Ya!

 

Untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara dua pihak iaitu lelaki dan perempuan kadang-kala mengambil proses yang lama. Tidak senang untuk ibu kita sendiri menerima orang luar menjadi ahli keluarga, kerana mereka lebih tahu asam garam kehidupan.

Hanya dengan pandangan pertama sahaja mereka akan mengetahui bahawa lelaki (pasangan kita) tersebut bukanlah orang yang sesuai untuk kita dampingi.

Namun, dengan peredaran zaman sekarang, sebagai anak muda kita perlu yakinkan pada kedua ibu bapa kita supaya pasangan tersebut dapat green light untuk dijadikan anak menantu kelak.

Jangan nak suruh ibu bapa kita suka pada pasangan kita sahaja, tetapi tidak bagi inisiatif pada teman lelaki untuk berusaha ambil hati ibu mertuanya.

PADA MASA KINI, CIRI-CIRI IBU MERTUA YANG DISENANGI ADALAH…

1. Yang memudahkan urusan perkahwinan anak-anak mereka.

2. Tidak terlalu mengekalkan adat resam yang ketinggalan zaman dan melampaui agama Islam.

3. Membuat pembiayaan perkahwinan secara kecil dan sederhana sahaja. Sebagai contoh: Bijak memilih catering, asalkan cukup dan sedap.

4. Tidak membebankan bakal menantu lelakinya dengan jumlah hantaran yang tidak masuk akal.

5. Tidak mengikat tali pertunangan anak mereka dengan lama kerana khuatir anak-anaknya akan terjebak dengan maksiat. Cukup sekadar 3 sehingga 6 bulan sahaja.

6. Ibu mertua akan lebih disenangi apabila bertanya dahulu pada bakal menantu lelakinya “Adakah jumlah hantaran tersebut membebankan?”. Melalui perbincangan sebegini, tak ada lah menantu lelaki jadi paranoid nanti.

7. Memesan pada bakal menantu lelaki supaya tidak berhutang atau membuat pinjaman daripada bank semata-mata inginkan perkahwinan yang meriah.

8. Ibu mertua yang tahu bahawa duit bakal menantu lelakinya adalah untuk kenduri sebelah lelaki, sebelah perempuan adalah duit mereka sendiri. Apa yang WAJIB pihak lelaki beri kepada pihak perempuan adalah MAS KAHWIN. Hantaran boleh dibincangkan mengikut kemampuan.

9. Yang memesan pada anak-anaknya untuk mengambil jurumekap yang sama jantina supaya tidak berlaku fitnah. Malah memesan untuk mengambil jurufoto yang senonoh sikit dan tiada adegan terlalu romantik.

10. Ibu mertua yang tahu bahawa hantaran barang kemahuan seperti beg, minyak wangi, kasut itu tidak penting. Akan tetapi barang keperluan asas selepas perkahwinan itu yang penting.

Para ibu bapa perlu ingat, zaman anda dahulu tidak sama dengan zaman anak-anak sekarang. Ibu bapa perlu memudahkan perkahwinan anak-anak supaya anak-anak akan mendapat barakah dalam perkahwinan.

Janganlah kahwin sekejap dah bercerai hanya semata-mata untuk mengikut kepuasan hati ibu bapanya dalam menjalankan majlis perkahwinan.

Pada kaum lelaki pula, sekiranya ibu bapa mertau memudahkan perkahwinan, jangan pula mengambil kesempatan di atas kebaikan mereka. Sudah dimudahkan, jadilah anak yang baik pula.

Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 375,098 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen