Jual Mahal: Anda Tak Rugi Sesen Pun.

 

Kala bercinta, dunia ini umpama kita yang punya. Semuanya indah belaka. Tidak kisah apa yang berlaku di sekeliling. Yang penting kita rasa bahagia dengan si dia yang sentiasa di sisi. Maka jika kita berfikiran sedemikian, tidak mustahil kita akan buat apa sahaja untuk membahagiakan diri kita. Bercinta itu biarlah berpada-pada. Jangan keterlaluan sehingga menimbulkan prasangka buruk orang sekeliling. Selain itu usahlah bertindak keterlaluan sehingga sakit mata orang sekeliling melihatnya. Berjalan berpimpin tangan, kelihatannya sungguh romantik. Namun tahukah anda bahawa hal itu tidak sepatutnya dilakukan oleh pasangan bercinta kerana anda masih belum halal di sisi agama. Bercinta bukan bermaksud memiliki. Hanya ikatan nikah sahaja yang membolehkan anda berbuat demikian.



KENA JUAL MAHAL.

Orang lelaki selalunya akan mencuba buat kali pertama. Jika si gadis membenarkan, maka ianya akan diteruskan. Sebagai gadis, anda dinasihatkan supaya jual mahal dan tidak nampak murahan. Kita ada maruah yang perlu dijaga untuk menjaga nama baik diri sendiri termasuk nama baik keluarga. Apabila seseorang gadis itu bertindak jual mahal, selalunya lelaki tidak akan berani lagi untuk melakukan sesuatu yang si gadis tidak suka. Misalnya lelaki cuba memegang tangan anda. Anda menepis. Dia tidak akan cuba lagi kerana tahu anda bukan gadis yang mudah dipegang-pegang. Jika dia bosan kerana tidak dapat apa yang dia hendak, mungkin anda akan ditinggalkannya. Oh, rugi? Anda sebenarnya tidak rugi langsung. Ini kerana nampak sangat bahawa dia berkawan dengan anda hanya kerana mahukan sesuatu. Jadi, biarlah dia pergi kerana anda tidak rugi sesen pun.



ELAK MAKSIAT.

Musim bercinta memang anda hampir sangat dengan sesuatu yang dikatakan sebagai maksiat. Sebab itulah orang tua-tua dahulu tidak akan tunggu lama jika si anak sudah sah mempunyai kekasih hati. Jika boleh anaknya ingin dinikah secepat mungkin. Sebab apa? Semuanya sebab ibu bapa bimbang si anak terjerumus ke arah maksiat. Ini tidak kiralah maksiat kecil seperti berpegangan tangan mahupun maksiat yang lebih besar seperti zina. Kala bercinta kita tidak sedar apa yang kita lakukan itu boleh mengundang kerisauan di hati ibu bapa. Misalnya jika kita minta izin keluar berdua dengan kekasih hati untuk membeli barangan hantaran pertunangan. Ibu bapa di rumah walaupun mereka membenarkan namun di dalam hati sebenarnya bimbang entah apa yang dilakukan oleh anda dan kekasih anda itu. Justeru, sebagai anak yang baik, jagalah akhlak, jagalah maruah dan elaklah daripada melakukan maksiat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 489,042 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen