Patutkah Seorang Wanita Yang Bekerjaya Dijadikan Hamba (Bibik) Setelah Berkahwin? Ikuti Perkongsian Ini.

 

Jika dahulunya wanita yang bekerjaya sering dianggap akan meletakkan hantaran yang tinggi sejajar dengan tahap pelajarannya. Namun, sekarang lain pula ceritanya. Tidak kisah wanita itu bekerjaya atau memiliki pendapatan yang tinggi, di dapurlah tempatnya.

Malah, perlu bekerja seperti ‘bibik’ pada seorang suami?

Wajarkah?

Ikuti perkongsian dan nukilan dari Puan Marlia Ramli ini…

********

HILANG KERJAYA.

1 - Bayangkan... Tuan ada seorang anak gadis. Satu-satunya anak gadis yang amat disayangi sepenuh hati. Tak ada dua dan tiga. Hanya seorang anak gadis saja yang dicintai.

2 - Tuan sekolahkan anak, bayar tuisyen yang paling mahal, hantar ke sekolah swasta malah tuan ikat perut untuk pastikan satu-satunya anak gadis ini mencapai sesuatu.

3 - Paling tidak Tuan harapkan anak gadis ini mampu menjana pendapatan sendiri sebagai bekalan harta peribadi. Tuan mahu bila pejam mata nanti, anak gadis ini mampu menyara diri

4 - Akhirnya anak gadis Tuan berkerjaya doktor, engineer, lawyer, professional manager, akauntan atau professor. Anak gadis tuan dah beli beberapa rumah dan mula membayar hutang yang baik. Tuan rasa lega bukan?

5 - Tiba-tiba datang seorang lelaki yang tak layak digelar arjuna mahu menyunting anak gadis yang Tuan amat cintai. Lelaki yang bukanlah kaya mana. Tak kaya tak apa... Tuan bukanlah bapa yang kemaruk harta sesiapa.

TETAPI...

6 - Lelaki ini meletak syarat, pegi jahanam dengan kerjaya doktor, engineer, lawyer, professional manager, akauntan atau professor yang anak gadis tuan miliki. Saya suami!

7 - Nanti jika isteri saya bekerja, siapa nak sidai baju? Siapa nak mop lantai? Siapa nak masak? Siapa nak kemas rumah? Kalau isteri bekerja saya lantakkan saja semua urusan rumahtangga. Padan muka!

8 - Inilah hujah bakal hantu yang akan menjadi teman seumur hidup anak gadis Tuan. Satu saja soalan saya... Tuan nak ke serahkan anak gadis Tuan pada suami yang tak faham didikan sebenar agama? Yang berkahwin hanya untuk mendapat bibik percuma? #apeni

9 - Kata bakal hantu (baca : menantu), lepas kawen anak gadis Tuan wajib berhenti kerja. Jangan fikir hutang rumah jualkan saja dan hapuskan semua harta kerana dia isteri saya. Hak mutlak saya. Seriously lelaki ini bagitau pegi ke neraka lah kerjaya hebat anak gadis tuan.

10 - Tuan nak bagi ke satu-satunya anak gadis tuan pada lelaki begini? Tuan berani untuk meletak masa depan anak gadis Tuan dengan lelaki yang masa depan sendiri pun belum pasti? Tuan sanggup cagarkan anak gadis untuk kononnya menjadikan dia isteri sejati?

11 - Ikhlas lah jawab. Sebab sekarang Tuan dah tua. Mungkin Tuan akan meninggal esok lusa dan tak mampu lagi melindungi anak gadis tercinta. Tuan tidak selamanya mampu memerhati anak yang Tuan belai dan sayangi semenjak tapak kaki nya sebesar ibu jari. Lagipun, Tuan tahu benar, alam perkahwinan langit tak selalunya cerah. Ini fakta.

Bagi pembaca yang belum kahwin, anda tak perlu jawab. Anda belum faham ujian ekonomi rumahtangga sebesar mana. Belum lalui jerih mengikat perut bagaimana. Sesak mengorek wang belanja sekolah anak pun belum rasa. Anda belum faham perit rasa bila wanita bekerjaya HILANG KERJAYA. Anda belum faham rasa hati juga harapan ibu bapa.

13 - Jika kita tidak mahu sesiapa melayan anak gadis kita di kelas kedua, letakkan isteri kita di tingkat pertama. Kita jaga anak gadis orang, Allah jaga anak gadis kita. Deal?

Salam sayang.

*********

Semoga Kita Mempunyai Ilmu Rumah Tangga Yang Berkah!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,317 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen