“Perceraian Banyak Berlaku Berpunca Daripada Suami Isteri Sendiri, Tak Banyak Dari Pihak Ketiga..” Ikuti Perkongsian Ini.

 

Curang adalah perkara yang amat menakutkan bagi mereka yang sedang bercinta, apatah lagi setelah berkahwin. Malah, ramai yang beranggapan curang adalah punca utama perceraian terjadi.

Curang memang boleh jadi perceraian itu berlaku, namun tidak ramai bercerai sebab curang kerana masalah utama adalah berpunca dari suami isteri sendiri. Masalah peribadi antara suami isteri ini seolah-olah membuatkan perkahwinan yang dibina itu tidak penting bari mereka.

Punca perceraian yang tak masuk akal ini boleh dilihat daripada perkongsian saudara Mohd Fhais ini…

********

Kadang-kadang punca utama keluarga hadapi masalah sehingga boleh berpecah belah ni macam tak masuk akal.

Lihat sahaja 22 punca penceraian di keratan kosmo di gambar bawah. Mengarut bukan.

Image may contain: text

Sebenarnya masalah rumahtangga hanya 1-2 peratus sahaja berpunca dari pengaruh luar, selebihnya datang dari suami isteri sendiri.

1 - Terlalu mengharap lepas kahwin semua akan jadi sempurna. Bila harapan tak kesampaian, semua benda jadi tak kena.

2 - Masih tidak boleh move on dari zaman bujang. Lepas kahwin batas aktiviti dan pergaulan mesti dah tak sama.

3 - Salah tafsir gaya hidup lepas kahwin. Tak dapat bergaul bebas seperti dulu bukan downgrade tapi sebenarnya upgrade gaya hidup jadi lebih bermakna.

4 - Terlalu biasa hidup manja. Sedikit kesusahan pun boleh di rasa serius kalau tak pernah ada pengalaman. Yang dapat bertahan lama biasanya mereka yang dah biasa susah dan kuat daya tahan.

5 - Hidup berumahtangga serius susah. Siapa yang cakap kacang tu maknanya dia belum rasa ujian sebenar.

6 - Terlalu mementingkan diri sendiri. Dah berkeluarga makanya apa pun kita putus untuk buat mesti demi keluarga bukan untuk kepuasan diri sendiri.

7 - Masih di takuk lama. Tak mahu upgrade ilmu, tak mahu buang ego, tak mahu keluar dari zon selesa.

8 - Lemah berkomunikasi. Dengan pasangan sendiri pun tak pandai nak bercakap dengan cara yang betul. Bagaimana maklumat nak sampai betul. Mula bincang tamat jadi gaduh.

9 - Bersikap enteng tentang emosi. Segala punca kecelaruan rumahtangga bukan datangnya dari akal tapi dari emosi. Lemah emosi maka lemah la cara buat keputusan.

10 - Tidak percaya kepada Allah. Jika percaya mereka ini tak akan mempertikai takdir dan jodoh yang dah ditentukan.

Muhasabah diri….

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,593 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen