Keunikan Cara Ibu Bapa Jepun Dalam Mendidik Anak-Anak Mereka.

 

Jepun adalah sebuah negara maju yang tidak begitu asing terhadap negara kita ini. Rata-rata kita suka melihat budaya dan negara Jepun ini sehinggakan ia menjadi salah satu tempat percutian yang disukai oleh rakyat Malaysia.

Sudah pasti ada di antara kita ini ingin tahu bagaimana anak-anak di Jepun ini didik oleh ibu bapa mereka sehingga menjadi begitu berani untuk berdikari dan berdisiplin.

Cara ibu bapa Jepun membesarkan anak mereka agak berbeza berbanding ibu bapa lain. Ini dapat dilihat melalui cara pendekatan mereka untuk memupuk anak yang berdikari dan berdisiplin. Mereka akan menyokong autonomi dalam kalangan kanak-kanak dan mengajar anak untuk hidup secara ideal bergantung kepada masyarakat. Untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut, ikuti artikel ini.



Berdikari

Dalam situasi yang melibatkan konflik kanak-kanak, ibu bapa selalunya akan melibatkan diri dan cuba menyelesaikan masalah mereka. Namun begitu, ibu bapa Jepun cenderung untuk membiarkan anak mereka menyelesaikannya sendiri tanpa sebarang bantuan. Ini akan membantu membentuk kebolehan kanak-kanak dalam penyelesaian masalah.

Pendekatan yang sama turut digunakan dalam perihal kerja rumah. Kanak-kanak Jepun akan dilatih untuk membuat kerja rumah pada usia yang sangat muda berbanding kanak-kanak lain.

Berdisiplin

Disiplin yang bagus memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Dari sudut pandangan ibu bapa, disiplin adalah cara untuk mengawal dan membentuk perilaku anak. Manakala dari sudut pandangan kanak-kanak pula, disiplin merupakan satu beban.

Ramai individu yang melihat disiplin adalah satu jenis peraturan yang sangat ketat. Ini hanya akan membuat kanak-kanak tertekan. Di Jepun pula, ibu bapa mengamalkan prinsip “shinsuke” untuk mendisiplinkan anak mereka.

Mereka tidak akan memaksa anak untuk buat sesuatu di luar kemampuan. Sebaliknya, mereka lebih banyak meluangkan masa bersama anak ketika mereka sedang membuat kerja rumah sambil berbual bersama. Ini akan membuat kanak-kanak mengagumi dan mencontohi sikap ibu bapa mereka.

Kategori Cara Ibu Bapa Jepun Membesarkan Anak

Ibu bapa di seantero dunia boleh dibahagikan kepada dua kategori ketika membesarkan anak iaitu ibu bapa autoritatif dan permisif. Manakala ibu bapa Jepun pula termasuk dalam kategori ketiga iaitu “nest-building”.

Keunikan cara ini adalah ia akan membuat anak mereka untuk mengikut peraturan bukan semata kerana mereka perlu, namun kerana mereka mahu. Ini kerana minda mereka dapat mengenalpasti perkara yang paling betul untuk dilakukan. Kebolehan ini boleh dipupuk dengan ahli keluarga menetapkan peraturan yang paling penting sahaja di rumah. Ini seterusnya akan membuat kanak-kanak lebih memahami nilai teras dalam diri dan berkelakuan lebih baik.

Konklusinya, kita boleh cuba menggunakan cara ibu bapa Jepun ketika membesarkan anak. Seiring perjalanan usia anak, ibu bapa boleh mula memperkenalkan set nilai teras dalam diri anak sedikit demi sedikit. Kebolehan ini seterusnya dapat diadaptasi kepada kehidupan bermasyarakat dan mereka cenderung untuk menjadi contoh buat kanak-kanak yang lain.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 375,098 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen