Suami Dapat Pahala Dengan Mudah Bila Beri Isteri Masa Rebut Amalan Dibulan Puasa.

 

Bulan Ramadhan ini semua orang berlumba-lumba mengejar pahala yang berganda-ganda banyaknya, tidak kiralah siang atau malam masing-masing berebut-rebut untuk dapatkannya. Ada sahaja yang bersedekah, menunaikan solat tarawih, membaca Al-Quran setiap hari dan pelbagai lagi amalan baik yang akan dilakukan setiap hari.

Namun begitu, kadang kala sebagai seorang ibu yang sibuk menguruskan hal rumahtangga dan anak-anak menyebabkan mereka ini tidak mampu mengejar setiap amalan baik yang mereka mahukan. Jika dilihat dalam situasi sebegini, peranan seorang suami tersangatlah penting agar isteri dapat mencari ruang untuk melakukan amal ibadah.

Seperti yang dikongsikan oleh Muhammad Hassan ini yang menyatakan bahawa cara dirinya untuk mendapatkan pahala tersangatlah mudah dengan memberi ruang isterinya merebut amal ibadah di bulan puasa ini.



Cara saya nak dapat pahala mudah sahaja. Bagilah masa kepada isteri untuk rebut amalan dibulan ramadhan ini.

Isteri saya kata dia nak khatam Al Quran sebelum akhir ramadhan. Maka antara perkara yang perlu saya fikirkan supaya tidak sibukkan isteri dengan rutin harian dia seperti bulan bulan lain.

Saya perlu rancang supaya bulan ini tidak terlalu lama 'outstation' . Jika saya outstation isteri perlu uruskan urusan rumah dan perniagaan saya. Jika sibuk dengan urusan urusan begini,makanya target untuk habiskan 30juzuk lebih awal mungkin tipis.

Pendapat saya. Lubuk suami untuk dapat pahala,berilah [email protected] 'me time' kepada isteri

Untuk dia lebihkan masa mengabdikan kepada الله atau apa yang kita rasakan isteri perlu masa untuk diri dia sendiri .

Ya tugasan di rumah,jaga anak itu juga pahala. Namun bagaimana dengan amalan amalan seperti Al Quran,zikir,solat dan aktiviti aktiviti yang mereka suka. Terutama keperluan emosi dan fizikal isteri.

Bila ada makcik makcik datang jumpa saya. Mereka katakan waktu tua inilah baru ada masa untuk sibukkan diri dengan amal. Itu pun 'merangkak' baca Al Quran, solat kadang kadang tak boleh nak berdiri lama dah. Dulu terlalu sibuk dengan urusan rumahtangga sehingga terabai amalan amalan dengan Tuhan.

Dari perkongsian beginilah saya rasakan,saya tak boleh beri tekanan kepada isteri hanya dia semata uruskan rutin dalam rumah. Takkanlah pinggan yang kita guna pun isteri perlu basuh juga. Itu belum urusan anak anak dari mandikan anak,saiz pampers sehinggalah baju tidur anak pun ada diantara suami tak ambil tahu.

Jika isteri hamil dalam masa yang sama perlu jaga anak demam,anak kurang upaya,anak masalah jantung,anak kanser lagilah emosi dan fizikal mereka terbaban.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,077 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen