Apa Fungsi Apendiks Dalam Badan Manusia?

 

Selalu bukan kita dengar mengalami serangan radang apendiks (atau appendicitis) sehingga terpaksa membuang organ tersebut. Namun begitu, ramai diantara kita ini kurang mengetahui akan fungsi apendiks kepada tubuh badan kita.

Bunyinya seperti organ ini adalah sekadar hiasan dan pautan tambahan (namanya pun apendiks) tanpa fungsi yang jelas. Betulkah andaian itu?



Betul Ke Apendiks Tiada Fungsi?

Dahulu kita tidak mengetahui apakah fungsi apendiks. Ada yang mengatakan ianya suatu struktur yang terhasil ketika pembentukan usus tanpa mempunyai apa-apa fungsi. Tetapi kajian telah menemukan fungsi apendiks dalam manusia.
Apakah Fungsi Apendiks Kpd Kita?

1. Perumah kepada bakteria baik

Kajian terbaru mendapati bahawa fungsi apendiks adalah untuk menjadi perumah kepada bakteria baik di dalam usus. Ia akan melepaskan bakteria baik ke dalam usus besar dan melindungi usus besar daripada jangkitan kuman bakteria yang jahat. Ini akan mengelakkan penyakit seperti cirit-birit berlaku kepada seseorang.

Ketika mana jangkitan kuman berlaku di dalam usus, bakteria baik ini akan duduk di dalam apendiks sehinggalah semua bakteria jahat dalam usus itu dihapuskan oleh badan. Setelah jangkitan kuman hilang, bakteria baik ini akan dilepaskan semula untuk melindungi usus besar.

Ada juga kajian mendapati bahawa, mereka yang telah menjalani pembedahan appendiks mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mengalami keradangan usus besar disebabkan jangkitan kuman Clostridium difficile.



2. Sistem Imun

Appendiks juga mempunyai sistem limfa yang kompleks pada struktur tersebut. Bahkan ia dikelilingi dengan sel pertahanan badan yang sangat padat. Maka, apabila sesuatu bakteria yang jahat masuk ke dalam usus besar, struktur pertama sekali yang akan dilalui adalah struktur appendiks.

Disini, bakteria tersebut akan dikenalpasti oleh sistem imun yang berada di bahagian appendiks dan mereka akan mengarahkan sel darah putih yang lain untuk menghasilkan antibodi bagi melawan jangkitan kuman yang ada.

Kesimpulan

Terbukti bahawa walaupun struktur apendiks ini kecil. Tetapi ia memberi manfaat kepada badan kita dalam melawan bakteria jahat.

Penambahan:

Adakah biji cili atau buah menyebabkan ia tersumbat?

Fahaman yang banyak berlegar dalam masayarakat ini tidak benar. Biji cili tidaklah menjadi punca tetapi mengurangkan pengambilannya mungkin membantu menurunkan risiko. Satu kajian yang dijalankan telah menemui bahawa daripada 1,969 kes, hanya 8 kes sahaja ditemui biji yang tidak dihadam.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,521 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen