5 Saat Manis Yang Dirasakan Buat Pengantin Baru Pada Ramadhan Kali Ini.

 

Bulan Ramadhan adalah bulan berlumba-lumba melakukan kebaikan. Keindahan yang ada pada bulan ini tidak akan sama dengan bulan-bulan lain. Terutama jika pada Ramadhan kali ini anda sudah tidak memegang status bujang lagi.

Buat mereka yang baru sahaja mendirikan rumahtangga beberapa bulan sebelum puasa ini pasti sangat ternanti-nanti bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Mana tidaknya, tersangatlah berbeza berpuasa semasa bujang dan selepas bergelar suami atau isteri orang ini. Apa yang paling penting, ini adalah pengalaman pertama kalian berpuasa bersama-sama.

Sekiranya dahulu anda melakukan semuanya bersendirian tetapi kini sudah tidak lagi. Apa yang menarik dan seronoknya berpuasa buat mereka yang pengantin baru ini?



1. Saat sahur menjadi lebih romantik bersama pasangan.

Jika kalian bercinta, pasti hanya makan malam sahaja untuk merasai suasana romantik bukan? Tetapi buat pasangan yang baru berkahwin ini, saat sahur juga merupakan suasana yang romantik. Mana tidaknya bermula dengan mengejutkan pasangan untuk bersahur serta memasak makanan kegemaran pasangan pasti perkara yang romantik. Itu belum lagi lihat gelagat pasangan di meja makan pula, pasti rasa bahagia sahaja.



2. Tetap bangun sahur untuk menemani suami.

Sebagai seorang isteri, pasti anda sedang berlumba-lumba untuk mengejar pahala yang lebih pada bulan ini. Jadi menyediakan makanan buat suami yang berpuasa itu pasti tersangatlah besar pahalanya. Walaupun anda tidak berpuasa pada keesokkannya pasti si isteri akan tetap bangun untuk memasakkan makanan serta menemani suaminya bersahur. Sudah menjadi naluri anda untuk lakukan semua ini demi kasih sayang pada suami anda.

3. Lakukan ibadah bersama-sama bantu tingkatkan lagi rasa cinta kalian.

Menjadi idaman sesiapa pun di mana pasangannya itu membawanya untuk melakukan kebaikan dan mendekatkan diri dengan Allah. Pada Ramadhan ini, ibadah yang akan dipertingkatkan untuk mendapatkan pahala yang besar. Sebagai contoh, lakukan solat berjemaah serta puasa bersama-sama akan memberi kenangan manis buat kalian berdua. Tidak hanya itu, berjalan seiringan menunju ke masjid untuk menunaikan solat tarawih juga akan bagi satu pengalaman yang baru buat anda berdua.

4. Tidak perlu atur masa untuk makan bersama.

Jika dahulu mungkin anda akan mencari masa yang sesuai untuk berbuka bersama-sama pasangan anda, tapi kini tidak perlu lagi. Anda hanya merancang untuk memasak di rumah mahupun makan di luar bersama ditemani pasangan anda. Buat mereka yang mempunyai pasangan yang mempunyai waktu kerja yang tidak tetap, mungkin anda sebagai suami atau isteri boleh membawa bekal buat pasangan anda dan menikmati waktu berbuka puasa bersama-sama. Aihh, seronok bukan?



5. Mandi bersama-sama.

Setelah menjadi pasangan yang halal, pasti kalian berhak untuk melakukan apa sahaja bersama pasangan anda. Namun begitu, jangan lupa untuk mandi bersama-sama sebelum subuh. Ini akan meningkatkan lagi rasa bahagia dalam hubungan kalian berdua.

Itu adalah antara kebahagiaan buat mereka yang sudah berkahwin. Buat anda yang masih single , jangan risau. Diharapkan anda akan bertemu jodoh pada bulan puasa ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,896 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen