Bila Lihat Berat Naik Aje Mula Salahkan Timbang, Perhatikan 5 Kesilapan Dalam Menimbang Yang Anda Selalu Lakukan.

 

Tak sanggup ditegur berisi atau kelihatan gemuk ketika raya nanti, pasti membuatkan anda bersemangat untuk menguruskan badan pada puasa kali ini. Tidak hanya itu sahaja, rekaan baju raya yang lawa-lawa juga mambuatkan anda memilih untuk menjaga badan agar dapat bergaya di pagi raya nanti.

Ketika bulan puasa inilah masa yang sesuai untuk dapatkan berat badan yang ideal, itu pun jika anda bijak untuk mengawal nafsu makan anda. Selepas jaga permakanan pasti pagi petang siang malam nak timbang berat badan. Namun tahukah anda yang sebenarnya ada cara yang betul untuk menimbang berat badan.

Kalau anda tersalah cara, anda takkan dapat berat badan yang betul. Kami sangat tertarik dengan perkongsian Puan Salwa Mohd Saleh yang sangat informatif ini. Anda juga pasti nak tahu apakah tips timbang berat badan yang betul. Kan? Jom baca perkongsian beliau.



5 punca 'penimbang rosak'?

Memang la tu. Bila naik je weight scale, nampak angka bertambah, kita salahkan timbang. Rosak, nak buat macam mana kan?

Sebenarnya ramai tak tahu, ada cara yang betul untuk timbang berat nih. Kalau betul-betul nak cuba turunkan berat badan, kena pay attention dengan 5 kesilapan utama ni.



1. Timbang waktu malam.

Teeet, Waktu ni badan kita dah makan seharian. Memang la berat, Bagi time utk badan digest semua food. Paling optimum waktunya adalah lepas bangun tido, sebelum jam 7 pagi dan sebelum kita amik apa-apa makanan atau minuman.

2. Timbang setiap hari

No no no no. Badan kita ni memang ada naik turun. Dia bukan macam setiap hari nampak gradually akan berubah. Ada masa kita naik sikit, tapi turun pulak lepas tu. So give some time. Sekali seminggu cukup untuk track. Kalau tak nanti kita akan rasa down sebab berat tak turun.

3. Guna penimbang berlainan

Ni pun aslah ni. Kejap pakai timbang rumah, kejap pakai timbang supermarket, kejap kang pakai timbang tepung. Macam mana la nak konsisten. Pakai satu timbang sahaja!



4. Timbang semata-mata

Yang ni pun salah. Kena ukur inci jugak. Kat perut, peha, lengan dan pinggul. Kadang-kadang bila kita buat work out, berat tak turun malah kadang naik. Tapi sebenarnya body kita makin solid. Sebab lemak tukar jadi otot. So inci kurang dengan jayanya. Waktu ni la pakai seluar lama jadi longgar. So jangan hanya tengok pada skala berat sahaja. Ukur juga bentuk badan okeh?

5. Workout tapi tak jaga makan

Halu. 70% of weight loss comes from controlling your diet. Sebab tu ada orang senam macam-macam tapi naik berat sebab lepas senam tu dia makan macam biasa. Contoh, berlari 30 minit akan burn lebih kurang 200 kalori sahaja untuk beginner. Tapi lepas lari tu dia singgah beli Big Mac, 560 kalori. Tak campur fries dan air coke lagi. Rasanya efektif tak? Of course la tak! So jaga makan dulu ye. If you could do that, in sya Allah boleh turun dengan konsisten dan badan sehat sejahtera.

Selamat beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 373,821 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen