“Kalau Tak Mandi, Nanti Ibu Cubit..” Mendidik Anak Dengan Cara Ugut Macam Ni Tak Baik.

 

Sudah menjadi kebiasaan para ibu bapa, sekiranya mahu anak-anak mengikut perintah, pasti akan diberi ayat mengugut dan mengancam. Sebenarnya secara tidak langsung ia akan memberi kesan buruk pada minda anak-anak sehinggalah ke dewasa.

Ikuti tips dari Ibu Rose cara yang betul untuk suruh anak mandi…

Image may contain: 1 person, smiling, closeup

********

Mengugut Dan Mengancam.

"Cepat mandi, kalau tak, ibu cubit"

"Masuk sekarang, kalau tak ibu kunci pintu"

"Pergilah ikut kawan tu, jap lagi tak boleh ikut ibu"

Wahhhhh...ugutt anak je memanjang.

Tapi, sebenarnya ia satu pendekatan yang membahayakan emosinya. Kenapa saya kata macammtu?.

Dengan ugutan ni, anak sebenarnya tiada pilihan ketika itu, dia masih kecil dan tiada kemampuan bertindak sendiri.

Tapi, bayangkan kalau pendekatan ini kita terus gunakan pada anak remaja zaman sekarang? Mungkin dia akan mengikut arahan atas ugutan, tapi, jangan terkejut andai sikapnya akan sangat berlainan di luar. Kerana dia tak dapat meluahkan ketika berada di rumah, suaranya tidak didengari.

Bak kata pepatah melayu, bila depan kita 'Pijak semut pun tak mati', tapi bila di belakang kita, dialah 'Juara'. Nauzubillah.

'Put yourself into her shoes', eh betul ke ayat ni?. Maknanya letakkan diri kita di tempat orang tu.

Cuba letakkan diri kita di tempat anak kita. Dengan itu kita akan dapat merasai, bagaimana rasanya kena ugut.

Sebenarnya, bila kita ugut, ia akan melemahkan lagi semangat dan otak dia. Bahagian otak yang akan bertindak ketika ini adalah Otak Reptilia. Apa kita rasa, bila kena ugut?

Bayangkan, apa perasaan kita bila bos kita ugut dengan katakan, "Saya tidak akan naikkan gaji awak bulan depan, kalau awak tak capai sales bulan ini". Marah? Sakit Hati? Risau? Susah hati?. Itulah perasaan anak kita, bila kita ugut dia.

Bagi anak yang kecil pula, mereka akan menyerap segala tindakan kita pada mereka dan akan mengeluarkan sikap atau kata-kata yang sama kemudiannya. Bukankah, anak peniru yang hebat, terutama dari orang yang terdekat dengannya.

Kalau kita selalu je ugut anak, tak mustahil anak juga akan mengugut adik-adiknya yang lain. Silap-silap, kita pun kena ugut sekali. Kalau tetiba tengok adiknya kena ugut, haaa…cepat-cepat muhasabah diri…siapa yang mula dulu?

Emm…tak ugut bukan bermakna kita lemah, kena ikut je kehendak anak.

CARA NAK SURUH ANAK MANDI DENGAN BETUL.

Ugut alternatifnya adalah ganjaran atau beri pilihan.

Contohnya :

Ugut : Mandi cepat, kalau tak mandi tak boleh ikut

Ganjaran : Adik, jom mandi, kalau adik mandi adik boleh ikut. Adik nak ikut ibu kan. Jom mandi.

Beri pilihan : Adik nak mandi sekarang atau 5 minit lagi?

Bagi anak yang berada fasa individuating pula kalau kita minta sesuatu tetiba dia menjawab, “tak nak atau biarlah”, konsep yang sama kita gunakan.

Beri didikan pada anak, beri sebab yang jelas dan berikan penyataan. InsyaAllah, anak akan lebih banyak belajar dengan cara itu berbanding mengugut yang sememangnya ‘short cut’ tetapi akan jadi ‘long cut’ pada masa depan.

Contoh anak di fasa individuating :

Ibu : Adik, jom mandi.

Adik : Tak nak.

Ibu : Jomlah mandi, kalau tak mandi nanti busuk.

Adik : Biarlah.

Ibu : Biarlah apa adik?

Adik : Biarlah busuk.

Ibu : Adik, kalau adik tak mandi, adik busuk, badan melekit, lalat pun suka, nanti orang pun tak suka kawan kalau busuk ni.(Beri sebab)

Adik : Kalau mandi?

Ibu : Kata Rasulullah, kebersihan itu sebahagian dari iman. Jom mandi. Kalau mandi, badan adik bersih, sihat, wangi, Allah dan rasul pun suka orang yang bersih dan wangi ni. Adik pun dapat pahala. (Ayat penyata dan ganjaran)

Adik : Okaylah.

Ibu : Wah..macamtulah anak ibu. Gembiranya Ibu adik nak mandi. Allah dan Rasul pun mesti bangga sebab adik buat apa yang Allah dan Rasul suka. Mandi dan jaga kebersihan diri. (Puji perbuatanya)

Itu satu cara untuk kita ajak anak kecil mandi, ada juga ketikanya yang dia tetap tak mahu mandi.

It is okay. Kita boleh biarkan dia tetap tak nak mandi, dan biar dia rasa kesannya tak mandi. Ada juga keadaan yang kita perlu angkat saja anak tu dan bawa masuk mandi. Masa mandikan anak tu, terus je ceritakan kenapa kena mandi, supaya dia faham kenapa kita tetap bawa dia ke bilik mandi dan mandi.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,644 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen