Cara Pengambilan Ubat Dengan Betul Semasa Berpuasa.

 

Gaya hidup ketika bulan puasa pasti hanya sedikit sahaja yang akan berubah. Apa yang berubah adalah waktu makan dan penambahan solat tarawih dalam rutin harian untuk sebulan. Perkara-perkara yang lain pasti masih sama sahaja. Begitu juga dengan mereka yang perlu mengambil ubat seperti yang disarankan doktor. Walaupun rutinnya berubah itu tidak bermakna anda boleh tinggalkan pengambilan ubat anda.



Pengubahsuaian cara pengambilan ubat-ubatan boleh dilakukan oleh pesakit. Pesakit juga harus peka terhadap tahap kesihatan diri dan perlu bersedia untuk berbuka puasa sekiranya keadaan memerlukan. Perkara ini penting bagi mengelak sebarang kesan mudarat yang tidak diingini. Dapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu sebelum membuat pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat-ubatan.

Terdapat segelintir pesakit yang mengubahsuai cara pengambilan ubat-ubatan mereka semasa puasa tanpa merujuk kepada doktor atau ahli farmasi. Lebih teruk lagi, sesetengah mereka langsung tidak mahu mengambil ubat semasa berpuasa.

Keadaan pesakit yang berhenti mengambil ubat semasa berpuasa amat membimbangkan terutama dalam kalangan pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti hipertensi, diabetes dan asma. Perkara seperti ini boleh memberi komplikasi penyakit dating kepada pesakit.

Berikut adalah panduan umum berkaitan pengambilan ubat-ubatan semasa berpuasa.



Bagi pesakit diabetes yang mengambil suntikan insulin, dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan sebelum bulan puasa. Berbincang dengan doktor tentang pengambilan ubat-ubatan dan dos insulin untuk bulan Ramadan kerana ianya dapat mengelakkan paras gula dalam darah daripada menjadi terlalu rendah (hipoglisemia) atau terlalu tinggi (hiperglisemia). Pesakit diabetes juga perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan menjalani program pendidikan bersama Pegawai Perubatan, Pegawai Dietetik, Pegawai Farmasi dan Jururawat Diabetes untuk memahami cara-cara berpuasa dengan betul ketika bulan Ramadan.

Keadaan HIPOglisemia (paras gula yang rendah dalam darah)

• Mengantuk/ Terlalu lemah
• Amat lapar
• Menggigil/ Menggeletar
• Peluh dingin
• Keliru/ Gangguan emosi/ Resah/ Gelisah
• Pening / Mudah pitam

Keadaan HIPERglisemia (paras gula yang tinggi dalam darah)

• Sangat dahaga
• Kerap membuang air kecil
• Sangat letih

Segera berbuka apabila mengalami tanda-tanda sama ada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi kerana ia boleh memudaratkan anda. Segera berjumpa dengan doktor jika tanda-tanda masih tidak hilang atau keadaan semakin teruk.

Tip Atau Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Oleh Pesakit.

• Lambatkan waktu bersahur. Makan dengan secukupnya, kerana jika makan terlalu awal atau sedikit boleh mengakibatkan masalah hipoglisemia.

• Percepatkan berbuka puasa. Berbuka dengan air dan makan 1-2 biji kurma untuk mendapatkan tenaga dengan segera.

• Digalakkan mengambil hidangan utama selepas solat maghrib. Jangan makan berlebihan ketika berbuka.

• Pilih makanan yang kurang kandungan gula, lemak dan garam.

• Mematuhi jadual pengambilan ubat-ubatan dan waktu suntikan insulin yang disyorkan doktor.

• Mengenali tanda-tanda hiperglisemia, hipoglisemia dan dehidrasi (kekurangan cairan badan).

• Segera berbuka jika terdapat tanda-tanda yang boleh memudaratkan.

• Keputusan pesakit untuk berpuasa harus dibincangkan dengan doktor. Pengawasan, pendidikan, penjagaan diri serta pengubahsuaian jadual pemakanan dan ubat-ubatan dapat membantu pesakit mengawal penyakit semasa berpuasa. Jika panduan dan syarat dapat dipatuhi, ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan selamat dan ianya tidak menjadi halangan besar bagi pesakit untuk berpuasa.

Maklumat ini hanyalah sebagai panduan umum. Mungkin terdapat perbezaan pendapat dalam hal berkaitan pengambilan ubat-ubatan serta status batal dan tidak batal puasa dalam penerangan yang diberikan. Perbezaan yang wujud mungkin disebabkan kaedah qias dan penentuan hukum yang berbeza antara mazhab atau pendapat. Sehubungan itu, informasi yang diberikan ini adalah berdasarkan pandangan hukum daripada mazhab Syafie dan panduan berpuasa bagi pesakit JAKIM 2013.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,537 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen