Hilangkan Rasa Lemau & Lesu Sepanjang Bulan Puasa Dengan Lakukan 7 Perkara Ini. Jom Cuba!

 

Dalam kita menahan lapar dan dahaga ini pasti ramai yang berpendapat bahawa ia tersangat meletihkan dan badan terasa lemau hingga nak berfikir pun tidak mampu. Terutama buat mereka yang berkerja ini, pasti perkara ini akan kerap dirasai.

Biasanya kalau awal-awal pagi tidak lah begitu lesu dan letih tapi bila sudah mula tengah hari ke petang, badan begitu penat dan tidak berdaya rasanya. Sebenarnya ada beberapa cara yang dapat kita lakukan supaya kita kekal cergas di pejabat pada bulan Ramadan ini.



Jangan sia-siakan bulan bulan rahmat yang datang setahun sekali ini diraikan dengan ibadah yang berterusan dan penambahan pahala yang melimpah ruah.

Ini cara cegaskan badan ketika bulan puasa.

1.Mendengar bacaan al-Quran, zikir ataupun lagu ketuhanan

Sambil kita membuat kerja di komputer, dengarkan bacaan al-Quran, zikir ataupun lagu ketuhanan melalui fon telinga sekiranya ditakuti mengganggu pekerja yang lain. Pastinya mata kita cerah, jiwa kita tenang dan dalam masa yang sama menambah pahala dengan mengikut membaca al-Quran ataupun berzikir.

2. Duduk di tempat yang terang

Pastikan tempat duduk kita terang dan selesa. Ini bagi mengelakkan mata kita mudah mengantuk dalam cahaya yang malap.

3. Solat sunat dua rakaat

Apabila terlalu mengantuk, ambil wuduk dan solat sunat dua rakaat. Pastinya selepas itu kita akan menjadi segar.

4. Letakkan wangian

Letakkan wangian di atas meja yang dapat mengekalkan kesegaran dan merangsang otak.

5. Regangkan badan

Sekali-sekala bangun dari tempat duduk dan regangkan otot selepas dua jam menghadap komputer dan kerja. Cukup sekadar regangan lima minit supaya dapat mengembalikan kesegaran.

6. Tidur yang mencukupi

Bagi ibu-ibu bekerja, pastikan tidur lebih awal supaya mampu bangun dengan cergas bagi menyiapkan juadah bersahur. Tidur yang mencukupi dapat membantu badan berehat dan kita dapat bangun dengan segar.

7. Amalkan bersahur dan pemakanan yang sihat

Sentiasa amalkan makan sahur dengan karbohidrat kompleks seperti oat, nasi, kurma dan sayuran. Ini dapat membantu kita menahan lapar dan memberikan tenaga sepanjang hari. Elakkan makanan berminyak dan berlemak serta minum air kosong. Elakkan juga minuman berkafein.

Semoga dengan tip ini, kita masih mampu menjalankan tugas di pejabat dengan baik dan tidak menjadikan alasan berpuasa untuk tidak cemerlang dalam bekerja.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,761 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen