Bonda Rozita Kongsikan Kisah Perjalanan Perniagaannya Dan Cuba Memperjuangkan Ekonomi Islam.

 

Dalam memulakan perniagaan, pasti akan menemui banyak cabaran untuk dilalui. Hanya diri sendiri mengetahui segala kudrat telah digunakan sehingga ada berasa putus asa. Namun, seperti kisah Bonda Rozita iaitu ibu kepada founder terkenal Dato’ Aliff Shukri, beliau menceritakan tentang permulaan hidupnya yang susah, sehingga berjaya sekarang.

Walaupun berkali-kali mahu berhenti kerana merasakan sudah cukup apa yang dicari, masih lagi mahu memperjuangkan ekonomi islam, apa yang dikongsi di laman instagramnya…

Masa Saya Miskin Dipinggir Jauh Keluarga…

Saya azam nak buktikan yang saya insan berguna..Bila senang semua mahukan saya disisi mereka..ini habuan saya ujian hati “ nak sombong atau menundukan hati”..!!

Masa dulu sepinggan kuih tak pernah singgah dirumah buruk kami beratap bocor ..Ajak kenduri jauh sekali

Saya doa pada Allah jika saya ada duit saya nak biar kongsi ilmu dengan orang lain supaya saya dapat curi kasih sayang dengan org lain

Lagi banyak saya sampaikan ilmu niaga rasa bahagai seronoknya bila disayangi, dan saya usaha jaga hati , jangan lah kaya buat saya lupa asal usul saya nk niat bantu org lain .

Dengan kasi ilmu niaga dengan produk yang baik , ilmu yang menafaat islam dan syariat matlamat jelas saya pegang nak cari berkah saja ..!! Tujuan saya tu ..tak nak lain-lain…

Saya bahagia bangunkan ekonomi orang lain sebab saya merasakan mereka perlukan sesuatu yang baik dan perlu belajar dari orang berpengalaman yang betul-betul hidup susah supaya berubah nasib family mereka…

Kasih sayang sesama insan saya dapat dalam jutawan bonda ..Saya sangat bahagia melihat kehidupan mereka jadi lebih baik asbab dari jual produk jrm , orang amal makin sihat kegembiraan saya tu…

Mengamalkan Doa Al-Ma’thurat…

Rindu Life Yang Simple Tetapi….

Saya kalau dok umah hutan atau balik kampung malas masak , saya bawa anak dan PA makan pagi kat warong-warong.

Saya sangat menghargai kehidupan lama saya serba kurang.. hakikatnya banyak nikmat jadi orang kebiasaaan saya petani dan peniaga kecil-kecilan.

Rasa seronok kembali pada life macam ni

Aman tak ada desakan ..Bila saya masuk dunia niaga berjuta-juta ..Sakit badan memikirkan sebab tu saya nak sangat nak pencen dah lama hajat nak berhenti tapi tak jadi-jadi…

Saya dah cukup duit persaraan hari tua tapi saya memikirkan nasib orang lain..Masih ada insan baik bijaksana tapi susah kehidupannya ..Masih ada madrasah perlukan saya..zakat saya kena tambah..Maka saya cakap dgn diri saya

“Kayakan islam bangunkan insan lain..jihad ekonomi islam..!!”

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,996 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen